Mohamad Azlin Adalah Setiausaha Kehormat PAFA Yang Baharu

Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) sebentar tadi telah mengumumkan individu yang baru menggalas tugasan sebagai Setiausaha Kehormat PAFA. Beliau ialah Mohamad Azlin Mohd Nadzri.

Berdasarkan kenyataan ringkas oleh PAFA, Mohamad Azlin sudah pun memulakan tugasan beliau pada awal Disember 2019.

Ianya sebahagian daripada sedikit perubahan di pucuk pimpinan PAFA dalam persiapan bagi musim baru.

PAFA dalam kenyataan rasminya berkata: “Mohamad Azlin Mohamad Nadzri, Setiausaha Kehormat PAFA yang baharu.”

“Tahniah dan selamat menjalankan tugas kepada En. Mohamad Azlin Mohd Nadzri di atas pelantikan sebagai Setiausaha Kehormat PAFA yang baharu. Beliau telah pun memulakan tugas bermula dari awal Disember ini.”

“Warga PAFA dan para pemain ingin mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada En. Tajul Hasnan Omar yang menamatkan tugas sebagai Setiauaha Kehormat PAFA pada hujung bulan lepas.”

Perak masih mengekalkan ketua jurulatih mereka, Mehmet Durakovic bagi musim akan datang. Namun begitu Perak kehilangan beberapa pemain penting termasuk Brendan Gan.

Pemain bek tengah kebangsaan Shahrul Saad menyatakan rasa berat hati beliau melihat pemergian Brendan Gan dan Nor Hakim Hassan.

Shahrul berkata: “Mereka lebih daripada rakan sepasukan. Kami berkongsi segala pengalaman bersama. Sebagaimana yang diterapkan oleh Coach Mehmed [Durakovic], kami semua adalah ahli keluarga.

Brendan Gan beraksi dengan cemerlang pada aksi bertemu Thailand, malam tadi.

“Sangat sukar untuk melihat mereka meninggalkan pasukan, tetapi saya percaya, yang hilang akan berganti. Saya mendoakan yang terbaik buat mereka,” ujar pertahanan berusia 26 tahun itu lagi.

Setakat ini, belum ada pengumuman rasmi pemain baharu sebagai pengganti untuk posisi yang ditinggalkan mereka selain Guilherme de Paula yang merupakan penyerang. Dijangkakan, bekas kapten PKNP FC, Hafiz Ramdan akan mengambil tempat Nor Hakim dan Kenny Pallraj, mungkin bakal bergandingan bersama Leandro.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN