Piala Dunia Kelab 2019: Flamengo Bangkit Nafikan Juara Asia, Al-Hilal

Bruno Henrique menjadi inspirasi kepada Flamengo untuk bangkit dari ketinggalan sebelum menang 3-1 ke atas Al-Hilal.

Kemenangan tersebut sekaligus  memastikan tempat di perlawanan akhir FIFA Piala Dunia Kelab 2019 buat Flamengo.

Henrique menjaringkan satu gol dan turut menghasilkan dua bantuan gol dalam perlawanan tersebut untuk memadam pendahuluan oleh Salem Aldawsari untuk juara Asia tersebut.

Kelab Arab Saudi itu pantas menyesuaikan diri dalam perlawanan untuk menyukarkan Flamengo pada babak pertama.

Peluang pertama Al-Hilal tiba melalui, Aldawsari tetapi ianya diselamatkan oleh Diego Alves.

Flamengo akhirnya dihukum pada minit ke-18, selepas kali ini Aldawasari berjaya menyempurnakan hantaran lintang Mohamed Alburayk untul mendahului 1-0.

Jaringan tersebut seolah-olah memberi bayangan bakal berlaku di Piala Kelab Dunia pada kali ini.

Namun Flamengo kemudiannya seolah-olah mendapat keyakinan baru dalam permainan mereka untuk bangkit pada babak kedua perlawanan.

Permainan lebih bertenaga dan tersusun ditampilkan Flamengo dan akhirnya kelab dari Brazil itu berjaya menyamakan kedudukan hanya empat minit selepas babak kedua perlawanan bersambung.

Gerakan menarik Gabigol, Henrique dan De Arrascaete membenarkan De Arrascate kemudiannya menyamakan kedudukan 1-1.

Pada ketika ini, momentum perlawanan sdah berubah. Hantaran Rafinha pada minit ke-78 perlawanan kemudiannya disempurnaka oleh Henrique untuk Flamengo mendahului 2-1.

Henrique sekali lagi menjadi duri dalam daging buat juara Asia itu apabila usaha beliau membuatkan Ali Albulayhi menjaringkan gol sendiri.

Arahan keluar padang kepada Andre Carrillo kemudiannya memadam sebarang kemungkinan untuk Al Hilal mencipta kebangkitan, untuk Flamengo selesa ke perlawanan akhir.

Satu lagi perlawanan separuh akhir diantara Liverpool dan Monterrey akan berlangsung pada pagi esok.al.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN