Pasukan Kelantan akan membuat perubahan terhdap strategi pasukan dengan menggunakan pemain tempatan untuk mengemudi jentera serangan pasukan The Red Warriors (TRW) dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.
Ketua Jurulatih Kelantan, Yusri Che Lah ketika ditemubual Bernama menjelaskan, pihaknya akan menggunakan sepenuhnya khidmat pemain tempatan itu di barisan paling hadapan sebagai strategi baharu Kelantan untuk menjaringkan lebih banyak gol pada musim depan sekali gus kembali beraksi di Liga Super musim 2021.
“Ini berikutan statistik sepanjang musim ini mendapati pemain import yang berkhidmat dengan Kelantan pada musim ini gagal berfungsi dengan baik dan langkah menggunakan pemain tempatan di bahagian serangan adalah strategi baharu kami.
THE RED WARRIORS BERLATIH DI IKBN BACHOK
SKUAD Liga Premier Kelantan menjalani latihan pra musim di padang Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bachok, hari ini. pic.twitter.com/Vbxtfv2Oa3
— TRW Kelantan FC (@trwkelantanfc) December 12, 2019
“Saya akan mengekalkan 14 pemain daripada skuad terdahulu dan memerlukan tiga pemain tempatan selain empat pemain import,” katanya yang ditemui pada majlis menandatangani kontrak bersama penaja di di ibu pejabat Lembaga Kenaf dan Tembaga Negara (LKTN) Kelantan di Kota Bharu.
Tambah Yusri lagi, TRW juga akan mendapatkan beberapa pemain senior memastikan pemain muda dapat dibimbing dan akan memberi keseimbangan untuk berdepan dengan pasukan-pasukan lain terutama dalam saingan Liga Premier.
Syarikat After Image Rakan Kongsi Baru Urus KAFA, Sasar Ke Liga Super 2021 – https://t.co/CUKavycpIt pic.twitter.com/pyWcZtfIrZ
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) December 16, 2019
“Jika melihat kepada senarai pemain Kelantan sejak beberapa tahun lepas, secara purata umur pemain Kelantan adalah sekitar 23 tahun dan telah beraksi dalam Liga Super (sebelum Kelantan jatuh ke Liga Premier) dan umur berkenaan tidak begitu sesuai untuk beraksi dalam liga yang begitu besar.
“Justeru, kita akan menggunakan khidmat beberapa pemain senior agar dapat membimbing pemain muda ini untuk berkasi dengan lebih matang sebagai persediaan untuk ke Liga Super,” katanya lagi.
Yusri turut mengesahkan Kelantan akan menyenaraikan seramai 22 hingga 23 pemain sahaja berikutan kekangan kewangan yang dihadapi pasukan berkenaan.
THE RED WARRIORS BERLATIH DI PADANG 21RAMD
SKUAD Liga Premier Kelantan menjalani latihan pra musim di padang 21 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Pengkalan Chepa, hari ini. pic.twitter.com/24WdbP1v4z
— TRW Kelantan FC (@trwkelantanfc) December 13, 2019
“Saya tidak ingin membesarkan skuad kerana tidak mahu membebankan kewangan KAFA dan senarai akhir pemain termasuk import telah dihantar kepada pengurusan. Kita cuma menunggu kehadiran pemain import untuk diuji dan mereka dijangka tiba selewat-lewatnya pada 1 Jan ini,” katanya.