Pemain Import Dari Filipina & Muhammad Azri Lengkapkan Skuad Kedah FA Musim 2020

Akhirnya teka teki mengenai pemain import terakhir untuk mengisi slot Asia telah terjawab.

Sebentar tadi Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) mengumumkan pemain antarabangsa Filipina, Amin Adam Lazarte Nazari sebagai pemain import skuad Lang Merah bagi menghadapi saingan Liga Malaysia 2020.

Pemain berdarah Filipina dan Iran kelahiran Sweden tersebut adalah produk kelab Norway, Malmo FF dan pernah beraksi di bawah kendalian pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer sekitar tahun 2011-2014.

#welcomeamin

Selamat datang Amin Adam Lazarte Nazari ke Darul Aman!

Puzzle terakhir pemain import pasukan Liga Super Kedah.

Posted by FA Kedah on Friday, December 13, 2019

Turut pernah beraksi di Sweden dan Finland, Amin Adam Lazarte kemudiannya menyertai Ratchaburi Mitr Phol FC di Liga Thailand pada musim lalu, sebelum dipancing Kedah untuk saingan musim hadapan.

Kenyataan dari KFA turut menjelaskan pemain tersebut mampu beraksi di beberapa posisi di bahagian tengah, dan menepati ciri-ciri yang dikehendaki oleh Ketua Jurulatih, Aidil Shahrin yang memerlukan seorang pemain yang mampu berperanan sebagai ‘jeneral’ di tengah padang.

#welcomeazri

Pemain muda berbakat dan pemain bawah 19 tahun kebangsaan kini hijaukuning!

Posted by FA Kedah on Friday, December 13, 2019

Selain daripada Amin Adam, KFA turut mengumumkan bekas penjaga gol Felda United, Muhammad Azri Abdul Ghani sebagai anggota baharu pasukan itu untuk musim hapadan.

Berusia 20 tahun, Muhammad Azri dilihat sebagai prospek masa depan bersama skuad Lang Merah, dan dijangka memberi saingan kepada penjaga gol sedia ada, Mohamad Ifwat Akmal.

Azri yang mempunyai ketinggian 1.77 meter itu merupakan penjaga gol skuad kebangsaan skuad Bawah-18 dan Bawah-19 tahun negara.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN