Liga Malaysia 2020 Bermula 28 Februari

Liga Malaysia 2020

Malaysian Football League (MFL) menjelaskan bahawa prosedur rapi serta proses Economic Control Programme (ECP) menjadi faktor Liga Malaysia musim 2020 bermula pada 28 Februari tahun depan.

Bermula musim depan, pasukan Liga Super dan Liga Premier perlu mematuhi peraturan baharu iaitu ECP di mana langkah MFL ini sebagai usaha menangani masalah kewangan pasukan khususnya hutang dan tunggakan gaji pemain.

Bagi melaksanakan ECP, MFL telah mengadakan taklimat pertama kepada kesemua pasukan bertanding mengenai proses serta prosedur ECP di Hotel Tenera, Bangi pada 18 November lalu.

Mengulas lanjut, MFL mendedahkan prosedur dan proses ECP menjadi faktor sepak mula Liga Malaysia bermula pada akhir Februari tahun depan di mana proses untuk menyemak setiap bajet daripada setiap pasukan mengambil masa sebulan.

Dan keputusan mengenai tarikh penjadualan Liga Malaysia ini telah dipersetujui oleh Ahli Lembaga Pengarah MFL dalam mesyuarat pada Khamis lalu (12 Disember).

“Kesemua pasukan harus menyerahkan bajet kepada MFL sebelum tarikh tutup pada 15 Disember ini di mana MFL akan mengenalpasti atau mengesahkan kos sebenar skuad utama mereka yang dibenarkan pada 15 Januari tahun depan.

“Kemudian pasukan-pasukan barulah dibenarkan untuk mendaftarkan pemain sebaik jendela perpindahan pertama Liga Malaysia dibuka pada 16 Januari hingga 15 Mac tahun depan.

“Jadi proses dan prosedur ECP ini harus dipatuhi oleh setiap pasukan Liga Malaysia dan menyaksikan saingan akan bermula pada 28 Februari tahun depan. Tempoh masa ini bagi memastikan persediaan mereka berada dalam tahap terbaik selaras pengenalan ECP pada musim depan,” kata MFL dalam satu kenyataan rasmi, hari ini.

Tirai Liga Malaysia akan disingkap pada 28 Februari ini dengan perlawanan Sumbangsih yang menemukan juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan juara Piala FA, Kedah di Stadium Sultan Ibrahim Larkin.

Sejumlah 12 pasukan Liga Super dan 12 pasukan Liga Premier akan berentap memburu kejuaraan musim ini yang bakal berakhir pada 19 Julai 2020.

Namun Liga Malaysia bagi musim 2021 dijangka akan bermula lebih awal berikutan setiap pasukan dikehendaki menyerahkan bajet kewangan pasukan utama pada 31 Oktober 2020 dan keputusan kelulusan struktur kewangan mereka diumumkan pada 30 November 2020.

Dalam perkembangan sama, MFL memberitahu bahawa setiap kelab telah dimaklumkan mengenai proses memperoleh kelulusan unit ECP MFL untuk menandatangani pemain baharu yang memakan masa selama lima hari waktu bekerja.

“Langkah pertama adalah kelab itu dikehendaki menyerahkan draf kontrak kepada sistem MyPass dan Emel kepada unit ECP MFL untuk memohon kebenaran menandatangani pemain baharu itu.

“Langkah kedua, unit ECP MFL akan menilai dan meluluskan pendaftaran pemain baharu itu jika jumlah kos pemain tersebut berada dalam bajet yang dibenarkan dalam kos skuad utama mereka.

“Langkah ketiga adalah kelab boleh meneruskan untuk memuktamad perbincangan kontrak dengan pemain dan menandatangani mereka di mana kos pemain itu haruslah menyamai atau kurang daripada kos yang diluluskan oleh Unit ECP MFL.

“Langkah seterusnya kelab akan menyerahkan kontrak pemain baharu kepada Unit Pertandingan MFL dan kontrak itu akan disahkan oleh unit terbabit,” kata MFL.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN