RASMI: Nicholas Swirad Perkuatkan Jentera Pertahanan Selangor

Nicholas Swirad

Pasukan Selangor hari ini telah mengesahkan bahawa bekas pemain Kelab Bola Sepak Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS FC), Nicholas Ryan Swirad telah menyertai pasukan tersebut.

Pemain kacukan kelahiran Manchester yang berusia 28 tahun itu mampu untuk beraksi di semua posisi pertahanan [termasuk bek sisi] tetapi beliau mengakui lebih selesa diletakkan selaku pemain pertahanan tengah.

Dengan Taylor Regan yang terus dikekalkan untuk mengemudi jentera pertahanan Selangor, Swirad dilihat sebagai calon sesuai untuk bergandingan dengan pemain kelahiran Australia tersebut.

Dilahirkan di Manchester, United Kingdom, Nicholas Swirad memiliki susur galur Malaysia melalui ibunya yang berasal daripada Pulau Pinang, yang kini telah menetap di Manchester bersama bapanya.

Selain daripada beraksi bersama PKNS FC, Swirad juga pernah menyarung jersi Johor Darul Ta’zim (JDT) II pada tahun 2016 sebelum dipinjamkan ke Melaka United.

Beliau kemudiannya berpindah secara tetap ke Melaka United pada musim 2018 dan memilih untuk menyertai PKNS FC pada musim ini.

Aksi kental pada awal musim bersama PKNS FC menyaksikannya terpilih untuk membawa cabaran skuad negara dalam saingan Piala Cabaran 2019.

Namun, kekejangan otot yang dialami selepas sehari menyertai latihan skuad kebangsaan mengakibatkan beliau terpaksa disisihkan oleh ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe.

Nicholas Swirad menjadi rekrut kelima buat Selangor bagi menghadapi musim 2020 selepas membawa masuk Rodney Calvin Akwensivie, Brendan Gan, Nor Hakim Hassan dan Tauffiq Ar Rasyid Johar.

Kredit foto: FA Selangor

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN