Penyerang Singapura, Khairul Amri Sah Kekal Bersama Felda United

Penyerang Singapura, Khairul Amri akan kekal bersama Felda United untuk saingan Liga Malaysia pada musim hadapan untuk slot pemain import dari rantau ASEAN.

Perkara itu disahkan oleh kelab yang berpengkalan di Jengka, Pahang itu melalui satu pengumuman rasmi yang dilakukan di medium media sosial rasmi kelab tersebut semalam.

Khairul Amri menyertai pasukan Felda United sejak jendela perpindahan kedua pada Mei lalu.

KHAIRUL AMRI IS THE FIGHTERS

Khairul Amri sah akan meneruskan perjuangan bersama Felda United FC untuk musim 2020….

Posted by FELDA UNITED FC on Monday, December 9, 2019

Penyerang berusia 34 tahun itu sememanynya bukan watak asing di saingan Liga Malaysia sebelum ini.

Malah Khairul adalah sebahagian daripada pemain skuad Lions 12 kendalian V. Sundramoorthy yang pernah mewarnai kancah saingan Liga Malaysia lima tahun yang lalu.

Pada aksi pertama beliau bersama Felda United pada 2019, malang menimpa beliau apabila mengalami kecederaan di bahagian bahu dalam perlawanan menentang Kuala Lumpur di saingan suku akhir Piala FA.

Khairul Amri

Namun beliau kembali bangkit selepas itu dan menjaringkan 6 gol untuk memastikan skuad The Fighters kendalian Nidzam Jamil untuk kekal di saingan Liga Super pada musim akan datang.

Khairul Amri yang beraksi untuk kelab Tampines Rovers dalam saingan Liga Singapura sebelum ini merupakan seorang pemain yang berpengalaman luas di pentas antarabangsa dan mempunyai 130 kaps bersama skuad kebangsaan Singapura.

Sepanjang mewakili negaranya, beliau telah merekodkan 37 gol dan menjuarai Piala AFF sebanyak tiga kali. Pada tahun 2015, beliau membantu skuad Lions XII menjuarai Piala FA buat pertama kali dalam sejarah.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN