Tiga pemain baharu telah diumumkan oleh Selangor FA sebelum ini iaitu pemain penyerang, Nor Hakim Hassan; pemain tengah, Brendan Gan; dan pemain pertahanan, Rodney Celvin.
Nor Hakim dan Brendan sebelum ini beraksi bersama Perak, manakala Rodney adalah pemain PKNS FC pada musim lalu.
Semalam, Selangor FA mengumumkan ketibaan seorang lagi pemain daripada PKNS FC, iaitu Taufiq Ar Rasyid Johar.
Tauffiq Ar Rasyid Johar Perkuatkan Red Giants
Penjaga gol muda PKNS, Tauffiq Ar Rasyid Johar kini sah menjadi pemain…
Posted by FA Selangor on Sunday, December 8, 2019
Penjaga gol berusia 25 tahun itu akan adalah produk bola sepak PKNS FC, dan sebelum ini turut beraksi untuk pasukan belia dan Piala Presiden skuad The Red Ants.
Mempunyai ketinggian 1.86 meter, kehadiran Taufiq dijangka akan mencabar kedudukan Khairul Azhan dan Farizal Harun untuk merebut tempat di dalam skuad kendalian B. Satiananthan.
Berusia 23 tahun, Taufiq sebelum ini memainkan peranan sebagai penjaga gol kedua di belakang Zarif Irfan ketika bersama PKNS FC pada musim lalu.
Malah pada musim lalu, Taufiq beraksi dalam dua perlawanan, iaitu ketika tewas 2-1 kepada JDT di Larkin, dan tampil sebagai pemain gantian kepada Zarif ketika tewas 2-3 kepada Selangor di Shah Alam.
Dua penampilan taufiq tersebut adalah di saingan Liga Super.