Marcelino Berada Di London, Calon Pengurus Baharu Arsenal

Bekas pengeendali Valencia, Marcelino dilaporkan berada di London. Beliau mulai dikaitkan dengan jawatan pengurus baharu pasukan Arsenal.

Namun begitu, Marcelino juga turut dikaitkan dengan pasukan Everton.

Goal melaporkan, Arsenal sudah menghubungi Marcelino bagi menemuduga jurulatih itu untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Unai Emery.

Superdeporte pula menyatakan  Marcelino sudah memberitahu kepada beberapa rakannya bahawa beliau ke London kerana hampir pasti mendapat projek baharu.

https://twitter.com/GurjitAFC/status/1203788394524004354

Arsenal memecat Unai Emery beberapa minggu lalu dan melantik Freddie Ljungberg sebagai interim.

Unai Emery dipecat selepas gagal membimbing Arsenal menang sebarang perlawanan dalam 7 perlawanan dalam semua pertandingan.

Lembaga Pengarah Arsenal juga tidak yakin Unai Emery akan mampu membawa pasukan itu kembali ke persaingan UCL selepas agak tersasar daripada landasan.

Marcelino merupakan jurulatih yang membawa Valencia menjulang Copa Del Rey, dan juga membawa mereka mara ke separuh akhir Europa League pada musim lalu.

Akibat tidak sehaluan dengan pemilik kelab membuatkan Marcelino hilang jawatan. Para peminat Valencia sangat kecewa dengan cara kelab melayan Marcelino – jurulatih yang berjaya memberikan mereka piala.

Malah Marcelino pernah menggemparkan wartawan dengan menyatakan beliau sangat pasti Valencia memecatnya kerana memberikan piala kepada kelab itu.

Ianya sindiran kepada Valencia selepas beliau kecewa dengan pemilik pasukan.

Marcelino juga dikatakan lebih berminat untuk mengendalikan Arsenal berbanding dengan Everton.

Arsenal sudah berjanji mereka akan segera melantik pengurus baharu. Antara calon lain yang dikaitkan ialah Mikel Arteta dan Patrick Vieira serta Brendan Rodgers.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN