Bintang sensasi Thailand, Theerathon Bunmathan telah mencipta sejarah apabila muncul pemain dari Asia Tenggara pertama yang menjulang trofi J1 League bersama pasukannya, Yokohama F. Marinos selepas menewaskan FC Tokyo 3-0 dalam perlawanan terakhir liga musim ini di Stadium Nissan.
Pemain berusia 29 tahun yang beraksi di posisi bek kiri itu bermain penuh 90 minit permainan bagi membantu Marinos menjuarai liga utama Jepun itu di hadapan penyokong sendiri buat kali keempat dan ianya merupakan kejuaraan pertama dalam tempoh 15 tahun.
[ハイライト動画]
明治安田生命J1リーグ第34節 vs FC東京#fmarinos 公式YouTubeチャンネルへ▶︎ https://t.co/3TRBC95N2Qフルマッチは @DAZN_JPN
の見逃し配信で👉https://t.co/WuJYqOpy01#マリノス優勝 pic.twitter.com/mpKpE2d9ek— 横浜F・マリノス【公式𝕏】 (@prompt_fmarinos) December 7, 2019
Lebih manis lagi, Teerathon turut menyumbang satu gol dalam perlawanan tersebut. Dua gol lagi dijaringkan oleh Erik dan Keita Endo. Perlawanan itu turut menyaksikan penjaga gol Marinos, Park Il-gyu dilayangkan kad merah.
Yokohama F. Marinos menamatkan saingan liga dengan mengumpul 70 mata mengatasi FC Tokyo dengan empat mata. Pencapaian itu turut dibantu dengan kemenangan tujuh perlawanan berturut-turut sehingga perlawanan terakhir mereka.
Teerathon yang berasal dari daerah Nonthaburi menyertai Marinos secara pinjaman dari Muangthong United sejak awal musim ini. Beliau telah pun membuat 25 penampilan dalam semua pertandingan dan menjaringkan tiga gol. Pada musim lepas, Teerathin turut dipinjamkan ke kelab Jepun iaitu Vissel Kobe.
#マリノス優勝#fmarinos#すべてはマリノスのために pic.twitter.com/wPrKpw5AaI
— 横浜F・マリノス【公式𝕏】 (@prompt_fmarinos) December 7, 2019
Beberapa pemain Thailand turut beraksi bersama kelab Jepun di mana Titipan Puangchan yang bersama pasukan Oita Trinita menamatkan saingan liga di tempat kesembilan manakala Chanathip Songkrasin yang mewakili Consadole Sapporo di tempat ke-10.