Pep Guardiola menyatakan beliau agak terkejut dan hairan dengan prestasi Man United sejak beliau tiba di England.
Ini kerana, sejak Guardiola menguruskan Manchester City, pasukan tersebut gagal memberikan saingan kejuaraan liga.
Manchester United pernah berada di tangga kedua di belakang skuad Pep Guardiola pada 2017/18, namun jarak mata ketika itu sangat jauh iaitu 19 mata.
Selepas itu, Man United bergelut untuk menempatkan diri walaupun untuk 4 teratas.
Manchester City dan Manchester United akan bertemu pada malam ini waktu Malaysia. Namun Manchester United dilihat sudah tiak lagi berada dalam persaingan kejuaraan.
“Pandangan saya, kami adalah lebih baik. Sejak saya berada di sini, kami pasukan lebih baik daripada mereka.”
“Semuanya dibuktikan dengan jumlah mata yang kami pungut pada akhir musim. Jadi konsistensi kami sangat luar biasa.”
“Saya juga terkejut kerana United masih gagal menyaingi kejuaran liga. Dalam satu perlawanan ataupun mana-mana perlawanan lain, dalam derbi, segalanya boleh berlaku.”
“Jelas sekali mereka pasukan counter attack. Mereka menekan lawan dan agresif.”
“Ketika bertahan, mereka sangat deep dan cuba menyerang balas dengan kepantasan Daniel James dan Rashford. Mereka sangat tajam dan bagus dalam belari memecahkan ruang.”
“Saya masih ingat gol mereka ke atas Chelsea pada awal musim. Kebanyakan gol mereka ketika itu daripada serangan balas. Mereka mengambil kesempatan ke atas Chelsea yang lebih banyak menyerang.”
“Lawan Liverpool pun gol mereka daripada serangan balas. Merek pasukan yang sangat baik dari segi serangan balas.”