Skuad The Red Warriors (TRW) yang kini sedang sibuk membuat persiapan untuk menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan dikhabarkan bakal menerima tajaan baharu daripada syarikat antarabangsa.
Pengerusi Jawatankuasa Penajaan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Ahmad Muzakkir Hamid mendedahkan, dua syarikat antarabangsa tersebut masing-masing terlibat dalam industri minyak dan gas serta pengeluar minuman pada dasarnya bersetuju untuk menjadi rakan penaja pasukan pantai timur itu.
Namun demikian, terdapat perkara yang menghalang daripada kedua-dua syarikat berkenaan menaja TRW secara rasmi kerana pasukan itu belum memiliki lesen kebangsaan penuh oleh badan pelesenan kelab Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Pelesenan Kelab: UKM FC, Kelantan, Sarawak Tarik Nafas Lega – https://t.co/wYwEmR2hIQ pic.twitter.com/bllTi9wvLo
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) November 4, 2019
Kelantan hanya diberikan lesen kebangsaan bersyarat kerana beberapa jaminan yang diperlukan daripada pihak ketika untuk perkara yang tertunggak. Lesen itu berisiko untuk dibatalkan sekiranya ada beberapa perkara yang gagal dipenuhi.
“KAFA sedang berusaha untuk menyelesaikan beberapa perkara dan syarat yang ditetapkan oleh FAM bagi mendapatkan lesen penuh untuk pengurusan penajaan dua syarikat terbabit dilakukan,” katanya kepada Bernama.
Tambah Muzakkir lagi, pihaknya kini sedang menunggu keputusan badan pelesenan FAM bagi memastikan urusan berkaitan penajaan itu berjalan lancar kerana nilai tajaan daripada dua syarikat antarabangsa itu mencecah jutaan ringgit.
SESI LATIHAN KELANTAN
SKUAD Liga Perdana Kelantan meneruskan latihan sempena persiapan pra-musim di Padang Mardi, Pasir Tumboh, hari ini.
Sesi latihan di bawah kendalian ketua jurulatih, Yusri Che Lah menyaksikan penyertaan tiga pemain muda menyertai pasukan ini. pic.twitter.com/teI5JPyS4R
— TRW Kelantan FC (@trwkelantanfc) November 13, 2019
KAFA sebelum ini telah diingatkan oleh FAM untuk menyediakan Surat Akuan Berkanun pada 15 Disember 2019 bertujuan mengisytiharkan sebarang bentuk bayaran tertunggak (sekiranya ada) dan pelan untuk melunaskan hutang-hutang tersebut. Ia bagi memastikan tiada sebarang tunggakan dari 2019 yang akan dibawa ke musim 2020.
Menurut Muzakkir, keadaan ekonomi semasa pasukan itu sedikit merencatkan usaha KAFA untuk mendapatkan lebih banyak penaja untuk pasukan TRW.