Arsenal tumpas kepada Brighton & Hove Albion yang menjadi kekalahan pertama pasukan itu di halaman sendiri musim ini dengan Adam Webster dan Neal Maupay memberikan kemenangan 2-1 kepada pasukan pelawat itu dalam saingan Liga Perdana Inggeris pada awal pagi tadi.
Arsenal yang memecat Unai Emery sebagai pengurus pada minggu lepas telah melantik bekas pemain, Freddie Ljunberg sebagai pengurus interim dan kini menduduki tangga ke-10 dalam carta liga dengan 19 mata, manakalah Brighton pula hanya satu mata di belakang.
52 – Arsenal have faced 52 shots on target in eight home league games this season – more than they did at Highbury in the entirety of their last title winning campaign of 2003-04. Vulnerable. #ARSBHA pic.twitter.com/QQPIqVphwA
— OptaJoe (@OptaJoe) December 5, 2019
“Susah tentu, ia keputusan yang mengecewakan. tetapi kami perlu terus bergerak ke hadapan. Pemain-pemain kini mempunyai tahap keyakinan yang rendah. Saya rasa kamu boleh lihat keadaan itu.”
Kami dalam situasi yang amat sukar. Pemain seolah-olah tidak bertenaga dan kami memulakan permainan dengan corak permainan yang mendatar. Jadi tugas saya kini adalah untuk menjadikan mereka bermain lebih agresif selepas ini.
Brighton memperoleh peluang awal apabila pertahanan sisi Arsenal, Hector Bellerin menjatuhkan Aaron Connollu berdekatan kotak penalti, tetapi sepakan percuma Pascal Gross sekadar mengenai barisan benteng Arsenal.
Tekanan demi tekanan akhirnya berhasil pada minit ke-36 apabila Brighton memanfaatkan situasai kelam kabut di hadapan gawang Arsenal. Bermula dengan sepakan penjuru, pemain pertahanan, Webster merembat bola menggegar jaring bagi memberikan gol pendahuluan buat pasukan pelawat sebelum rehat.
Penyerang Arsenal, Alaxandre Lacazette yang bermain perlawanan ke-100 untuk pasukannya itu menyamakan kedudukan lima minit selepas bermula babak kedua menerusi sepakan sudut yang diambil Mesut Ozil yang menanduk bola melambung melepasi jangkauan penjaga gol Matt Ryan.
5 – All five of Alexandre Lacazette's Premier League goals have been scored at the Emirates this season – only Mohamed Salah has scored more with 100% of them coming at home this term (6). Levelled. #ARSBHA pic.twitter.com/x3IAD1jNfP
— OptaJoe (@OptaJoe) December 5, 2019
The Gunners kemudian menyangka mereka telah mendapatkan gol pendahuluan selepas David Luiz menyudahkan sepakan percuma. Namun semakan VAR mendapati pemain Brazil itu berada pada kedudukan ofsaid.
Sebaliknya Brighton yang menjaringkan gol kedua 10 minit sebelum tamat perlawanan hasil tandukan Maupay yang menanduk hantaran lintang Aaron Mooy ke penjuru gawang gol bagi memberikan kemenangan bersejarah buat skuad kendalian Graham Potter itu di Utara London.
“Kredit adalah untuk pemain kami, mereka melakukan apa yang saya fikirkan sepatutnya pasukan pelawat buat dalam tempoh yang mengecewakan. Pemain tetap bersemangat dalam perlawanan ini dan saya gembira dengannya,” ujar Potter selepas perlawanan.
😉 Teams like Brighton…#BHAFC ⚫️ pic.twitter.com/Xje2Fxv5rM
— Brighton & Hove Albion (@OfficialBHAFC) December 5, 2019
Brighton mengakihiri enam perlawanan tanpa kemenangan di tempat lawan dalam sainga EPL musim ini sementara Arsenal pula masih belum menang dalam sembilan perlawanan menghampiri rekod tanpa kemenangan paling teruk yang dicatatkan pada tahun 1977 (10 perlawanan).