Persatuan Bola Sepak Melaka (MUSA) hari ini mengumumkan bakal memeterai perjanjian tajaan jersi pasukan Melaka United bersama syarikat barangan sukan terkemuka negara, Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd.
Pengumuman itu dibuat menerusi media sosial kelab yang menjadikan Melaka United pasukan pertama yang memperkenalkan penaja jersi pasukan untuk saingan Liga Malaysia pada musim 2020.
MUSA sebentar tadi turut mengumumkan syarikat telekomunikasi, RedONE Network Sdn Bhd turut akan menjadi rakan penaja rasmi Melaka United pada musim depan.
Persatuan Bolasepak Melaka (MUSA) dengan ini mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada syarikat telekomunikasi redONE Network Sdn Bhd yang bakal menjadi rakan penaja pasukan Melaka United musim depan.
Terima kasih redONE. #MUSA2020#redONE pic.twitter.com/tuY7viMNOC
— Melaka United FC (@MelakaUnitedFC) December 2, 2019
Berita ini sudah pasti amat dinanti oleh peminat Melaka United yang tertunggu-tunggu rekaan baharu jersi skuad Sang Kancil itu. Melaka United akan menggunakan jenama AL yang pernah menaja beberapa pasukan Liga-M lain seperti Perak, Kedah, Terengganu dan Negeri Sembilan. Jersi Melaka United pada musim ini ditaja oleh Warrix, sebuah jenama dari negara jiran Thailand.
Melaka United di bawah pimpinan presiden baharu mereka, Damien Yeo Shen Li dilihat telah membuat banyak perubahan positif untuk pasukan itu. Terbaru beliau telah membawa isu kemudahan dan fasiliti pasukan yang dikatakan berada dalam keadaan teruk dan uzur ke dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka.
Padang Berlubang – Damian Yeo Bawa Isu Fasiliti Melaka United Ke Sidang DUN – https://t.co/DCOi2yY0vc pic.twitter.com/zvFmsbR63Y
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) November 26, 2019
Majlis menandatangani perjajanjian penajaaan di antara Melaka United dan Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd dijadualkan akan berlangsung pada Jumaat, 6 Disember 2019 jam 3.30 petang, bertempat di kedai Al-Ikhsan Mahkota Parade, Melaka.
Pemain-pemain baharu untuk musim depan yang telah diumumkan sebelum ini juga akan menandatangani kontrak dalam majlis berkenaan. Oleh yang demikian, MUSA menjemput semua penyokong bola sepak Melaka United untuk turut hadir memeriahkan majlis berkenaan.
RASMI: Khair Jones, Ferris Danial & Nurridzuan Perkuat MU – https://t.co/dFQ5pFANz7 pic.twitter.com/eEqolzqSWp
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) December 1, 2019
Bagi memperkuatkan pasukan untuk menghadapi saingan Liga Super musim depan, Melaka United telah pun mengesahkan penyertaan beberapa pemain baharu seperti Norazlan Razali, Ferris Danial, Khair Jones, Khairul Anwar, Nurridzuan Abu Hassan, Annas Rahmat serta dua pemain import iaitu Uche Agba dan Romel Morales.