Highlight EPL: Misil Shelvey Batalkan Kemenangan City

Manchester City dikejutkan oleh Newcastle United dalam aksi yang berlangsung di St James’ Park semalam.

Harapan Manchester City untuk mempertahankan gelaran Liga Perdana Inggeris milik mereka diganggu oleh gol penyamaan lewat oleh Jonjo Shelvey yang merupakan bekas pemain Liverpool.

Pengurus Manc City, Pep Guardiola sudah berkira-kira meraikan kemenangan hasil kebangkitan mereka selepas ketinggalan 1 gol. Kevin De Bruyne menjaringkan gol pendahuluan minit ke-82 menerusi separa voli yang sangat cantik.

Namun 2 minit sebelum perlawanan tamat, Jonjo Shelvey membalas gol misil De Bruyne dengan misil beliau.

Satu teknik yang sukar tetapi ia dieksekusi dengan sangat baik oleh Shelvey yang melakukan ‘whipped shot’.

Manchester City 11 mata di belakang Liverpool yang menang dalam aksi menentang Brighton, dalam sepak mula lewat.

City bermula dengan sangat baik dalam perlawanan ini, dengan aksi dominan.

Raheem Sterling menjaringkan gol pembukaan dengan lencongan yang cantik pada minit ke-22. Itu merupakan gol ke-15 oleh Sterling musim ini.

Namun gol itu hanya bertahan 3 minit apabila Magpies menyamakan kedudukan melalui Jetro Willems, yang menerima hantaran cantik daripada Miguel Almiron.

Willem yang merupakan pemain pinjaman, cemerlang dengan 8 gol daripada 10 penampilan terakhir.

2 peluang keemasan City menerusi Gabriel Jesus dan De Bruyne digagalkan oleh Martin Dubravka.

Sehinggalah pada minit ke-82, De Bruyne melepaskan rembatan deras dari luar kotak penalti.

City memberikan foul di luar kotak penalti sebelah kiri mereka. Ia telah menjadi punca kepada gol Jonjo Shelvey.

Tamat perlawanan, Newcastle 2 Man City 2. Agak menarik Newcastle bangkit 2 kali dalam masa yang cepat selepas ketinggalan dengan corak gol yang hampir sama.

Gol pertama Sterling menerusi lencongan ke penjuru rendah sebelah kiri penjaga gol. Willem turut melakukan rembatan ke sasaran yang sama.

Gol kedua, masing-masing menerusi sepakan padu misil dari luar kotak penalti.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN