Penjaga Gol Legenda The Gunners Mahu Patrick Vieira Dilantik Pengurus Arsenal

Arsenal kini di dalam proses pencarian pengurus baharu selepas memecat Unai Emery. Ini adalah kali kedua Arsenal melakukan pencarian untuk seorang pengurus pasukan sejak 23 tahun yang lalu.

Beberapa calon mulai dikaitkan dengan jawatan di Emirates, namun penjaga gol legenda, David Seaman memiliki calon pilihan beliau sendiri yang dianggap paling layak mengemudi Arsenal.

Bagi Seaman, tidak ada calon lain yang lebih layak dan berhak mengemudi Arsenal selepas ini kecuali bekas kapten, yang kini adalah pengurus Nice, Patrick Vieira.

“Saya pasti penyokong Arsenal suka jika Patrick [Vieira] kembali menyertai kelab sekarang.

“Saya amat mengenali Patrick, dan beliau adalah calon paling sesuai,” ujar Seaman ketika bercakap di Radio 5 BBC.

(Photo by Ira L. Black/Corbis via Getty Images)

“Saya tahu bagaimana beliau sebagai seorang pemain. Saya juga mengetahui bagaimana beliau sebagai seorang kapten.

“Beliau dilahirkan untuk menjadi seorang pemimpin, dan semua orang tahu itu. Ia mungkin lebih baik memilih jalan ini [memilih Vieira] berbanding menguji jalan [memilih calon] lain.”

Sebaik sahaja memecat Emery, Arsenal segeram melantik seorang lagi bekas rakan sepasukan Seaman, Freddie Ljunberg sebagai pengendali interi.

Namun Seaman tidak berpendapat Ljungberg mempunyai kebolehan untuk bergelar penurus tetap Arsenal.

“Pekerjaan ini adalah lebih besar daripada apa yang Freddie [Ljungberg] biasa kendalikan sebelum ini,” tambah Seaman.

“Beliau baharu sahaja melibatkan diri ke dalam bidang kejurulatihan, dan ia tidak mudah untuk terus terjun ke dalam pengurusan.

“Namun tatkala beliau masih mengendalikan Arsenal, tolonglah perbaiki bahagian pertahanan yang amat lemah sekarang.”

Antara calon lain yang dikaitkan dengan Arsenal ialah bekas pengurus Juventus, Massimiliano Allegri; bekas pengendali Tottenham Hotspur, Mauricio Pochettino; pengurus Wolves, Nuno Espirito Santo; dan pembantu Pep Guardiola di Manchester City, Mikel Arteta.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN