Analisis: 5 Isu Taktikal Malaysia Ketika Tewas Di Tangan Filipina

1. Tiada keseragaman taktikal

Secara umumnya, kita sendiri dapat melihat, para pemain tiada keseragaman. Ramai pemain seperti melakukan kerja di dalam padang ikut kepala sendiri.

Akhyar Rashid terus hanyut dengan dunianya dan pemain lain pula terus melakukan perkara yang sama.

Syameer Kutty Abba jelas sekali berusaha menghubungkan kesemua pemain. Dan beliau tidak mampu kerana corak permainan berterabur.

2. Tiada kreativiti dan kurang permainan kombinasi

Perlawanan pertama, walaupun kita tak menang dan masih tercari-cari rentak, namun ada jelmaan kreativiti dalam beberapa ketika.

Sebaliknya, dalam aksi berhadapan dengan Filipina ini, Malaysia bergelut dengan kreativiti.

Pemain gagal mencipta peluang kepada barisan serangan. Kemudian, Malaysia terlalu bergantung kepada hantaran lintang daripada Syahmi Safari.

3. Tumpul

Walaupun tidak banyak mencipta peluang, namun Malaysia tetap memiliki peluang gol yang baik. Misalnya, Hadi Fayyadh 2 kali memiliki peluang gol di dalam kotak penalti. Namun teknik beliau tidak bagus dan gagal menghasilkan gol.

Seterusnya, Malaysia gagal untuk lebih decisive di barisan serangan. Pemain kerap melakukan sentuhan ekstra (extra touches).

Amani Aguinaldo Akhyar Rashid Sukan SEA 2019 Malaysia Filipina
FOTO: FAM

Ada sesetengah situasi memerlukan pemain melakukan first time shot, namun pemain tidak ada keyakinan melakukannya dan akhirnya mengawal bola terlebih dahulu – yang akhirnya dipintas lawan.

Berhadapan dengan lawan yang kompak dan berdisiplin bertahan, perkara yang harus dilakukan adalah laju menggerakkan bola.

4. Isu pertahanan

2 kali berturut-turut dalam 2 perlawanan Malaysia bolos kerana situasi bola mati.

Perkara ini harus digariskan dengan sebaiknya di pusat latihan. Pastikan pemain lebih baik berkomunikasi dan mengelak daripada melakukan kesilapan individu.

Dari segi persembahan individu, ada beberapa pemain bermain dengan baik ketika bertahan.

Dominic Tan Stephan Schrock Sukan SEA 2019 Malaysia FIlipina
FOTO: FAM

Seterusnya, Malaysia cuba untuk menaikkan garisan pertahanan supaya lebih tinggi untuk menyokong pemain serangan.

Banyak kali lawan melakukan serangan balas dengan mudah di bahagian sayap. Mujur Filipina pun tidak begitu tajam dalam penyudahan serangan balas.

5. Taktikal 

Secara keseluruhannya, Filipina bukanlah bermain terlalu baik. Namun mereka masih boleh menang ke atas Malaysia yang bermain dengan hambar dan tidak ada keinginan yang tinggi.

Pemain cuba bermain binaan serangan daripada bawah, namun tidak cukup laju untuk memecahkan blok rendah pertahanan lawan.

Banyak hantaran neutral yang dilakukan dan kemudiannya menggunakan hantaran tinggi. Banyak duel di udara dimenangi lawan yang memiliki pertahanan lebih fizikal.

Di bahagian tengah, Malaysia perlu lebih kuat dan dominan secara unit. Kita juga perlukan lebih leadership di dalam pasukan ini.

Pemain harus menunjukkan karakter mereka.

Rumusan

Ini mungkin antara aksi terburuk Malaysia B-22 di bawah kendalian Datuk Ong Kim Swee.

Pemain tidak mempunyai keinginan yang lebih tinggi. Perkara yang sama digariskan Datuk Ong Kim Swee sendiri yang menganggap para pemainnya seperti tidak dahagakan kemenangan.

Masih ada 2 perlawanan yang bakal menentukan hidup dan mati Malaysia dalam kempen Sukan SEA kali ini.

Harapan masih ada walaupun dalam kesulitan.

Teruskan berusaha Harimau Muda.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN