Sukan SEA: Akhyar Mahu Balas Kepercayaan Kim Swee, Bantu Benam Filipina

Pemain sayap JDT dan skuad Bawah 22 tahun (B-22) negara, Muhammad Akhyar Abdul Rashid mahu menebus kepercayaan yang diberikan oleh Ketua Jurulatih, Datuk Ong Kim Swee dengan membantu pasukan negara menewaskan Filipina pada malam ini.

Tampil sebagai pemain kesebelasan utama ketika menentang Myanmar, Akhyar mempamerkan aksi kurang memuaskan – walaupun menghadirka satu bantuan gol untuk Hadi Fayyadh.

Dalam perlawanan tersebut, Akhyar kelihatan sukar menampilkan aksi terbaiknya, dan terpaksa dikeluarkan pada babak kedua perlawanan selepas mengalami kekejangan otot.

Foto: FAM

Tiada jaminan untuk Akhyar terus berada di dalam kesebelasan utama pasukan negara. Namun pemain berusia 19 tahun itu bertekad menebus kehampaan pada perlawanan menentang Myanmar, sekiranya diturunkan oleh Kim Swee untuk perlawanan menentang Filipina pada malam ini.

“Untuk kali ini saya akan buat yang terbaik untuk pasukan dan buktikan sesuatu pada jurulatih, membalas balik kepercayaan beliau,” katanya ketika ditemui pemberita, pada sesi latihan pasukan di Stadium Memorial Rizal baru-baru ini.

“Bagi saya untuk lawan Filipina agak sukar kerana dari segi fizikal, pemain mereka lebih tinggi dan besar.

“Tapi apa yang saya tengok dari dua perlawanan mereka, ada beberapa kesilapan yang dilakukan, jadi kami akan gunakan ia sebaik-baiknya untuk menghasilkan gol,” tambahnya.

Pemain produk Akademi Bola Sepak Mokhtar Dahari (AMD), Umar Hakeem turut senada dengan Akhyar mengenai cabaran berhadapan Filipina.

“Saya lihat pada situasi 50-50 memang mereka tak undur, masuk habis, jadi saya rasa pasukan perlu bersedia untuk mengatasi mereka.

“Buat masa ini semua persediaan rapi, saya rasa jurulatih tahu bagaimana nak atasi dan hadapi mereka, untuk memastikan kemenangan menjadi milik kita.

Foto: Astro Arena

“Saya tak yakin akan terus berada dalam kebelasan utama, tetapi jika diberi peluang, saya rasa sentuhan pertama itu penting.

“Jika sentuhan pertama bagus dalam mana-mana perlawanan, 80 peratus perlawanan itu akan menjadi baik,” katanya.

Malaysia perlu mengutip tiga mata penuh menentang pasukan tuan rumah pada malam ini, sebelum berhadapan cabaran dari Timor Leste pada Isnin hadapan, dan kemudian Kemboja dua hari kemudian.

Malaysia sekadar terikat 1-1 dalam perlawanan pertama Kumpulan A menentang Myanmar tempoh hari.

 

Kredit Foto: FAM

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN