PBNS: Manfaat Bakal Diterima Akar Umbi Hasil Pematuhan Program ECP

PBNS

Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS), menyambut baik saranan perbelanjaan 70 peratus sahaja daripada pendapatan tahunan pasukan secara keseluruhan kepada pasukan utama yang disifatkan bakal memberi manfaat kepada pembangunan akar umbi di peringkat negeri.

Setiausaha Agung PBNS, Satwant Singh berkata, pihaknya sedia mematuhi ketetapan oleh Malaysian Football League (MFL) menerusi Economic Control Programme (ECP) yang akan dikuatkuasakan mulai musim depan demi kelangsungan bola sepak tempatan.

Selain itu, Satwant juga percaya ia turut akan mengubah tanggapan pihak luar yang menganggap tanggungjawab utama sesebuah persatuan bola sepak negeri hanya kepada kepada pasukan utama tanpa mempedulikan aspek-aspek lain.

“Apa yang baiknya baki 30 peratus itu nanti akan digunakan cara lebih positif untuk pembangunan bola sepak serta aktviti-aktiviti lain di peringkat negeri.

“Ramai tidak faham bila mereka memandang sebuah FA (persatuan bolasepak negeri), mereka hanya tengok pada pasukan utama sahaja sehingga mereka lupa peranan sebenar setiap FA.

“Kita ada banyak peranan lagi seperti menganjurkan liga tempatan, membuat kursus-kursus kejurulatihan, pembangunan bola sepak di peringkat akar umbi dan ini juga memakan kos beberapa juta untuk dibelanjakan dalam tempoh setahun sahaja.

“Jadi, memang saya setuju duit yang kami dapat itu bukan hanya untuk pasukan utama sahaja 100 peratus tetapi untuk program persatuan secara keseluruhan,” katanya.

ECP bakal dilaksanakan secara berperingkat mulai musim 2020 dan MFL telah melantik PricewaterhouseCoopers Risk Services Sdn. Bhd (PwC) untuk membangunkan peraturan ECP MFL.

LaLiga adalah pengendali Liga Sepanyol yang pertama melaksanakan ECP dalam menyelesaikan masalah kewangan kelab dan kini ECP telah diadaptasi bersesuaian dengan acuan Liga Malaysia selaras dengan tindakan Rangka Tindakan Strategik Next50 MFL.

Dalam pada itu, Satwant bersikap optimis ECP adalah jawapan terbaik kepada isu tunggakan gaji pemain yang sering melanda saban tahun kepada semua pasukan negeri dan kelab.

“Model ini telah terbukti berkesan seperti yang berlaku di LaLiga apabila tunggakan gaji pemain yang melibatkan 90 juta Euro (RM413.2 juta) dan 600 juta Euro (RM2.7 bilion) secara keseluruhan pasukan turun kepada sifar.

“Cuma bila satu peraturan baharu diperkenalkan dan apa sahaja benda baharu, sudah tentu akan ambil masa dan tidak boleh berlaku dalam tempoh setahun sahaja.

“ECP ini akan membawa bola sepak kita ke arah positif sekiranya mampu dikuatkuasakan dengan cara yang betul, ” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN