Sabah FA Hanya Akan Ambil Pemain Import Ikut Kemampuan

Sabah

Apa gunanya ambil pemain import bergaji mahal sekiranya akhirnya ia hanya akan membebankan persatuan.

Itulah perkiraan yang diambil oleh Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA), dalam memilih khidmat pemain asing bagi menghadapi saingan Liga Malaysia pada musim hadapan.

Muncul juara Liga Premier 2019, pasukan tunggal dari Borneo itu tidak mahu faktor kewangan menjadi perangkap kepada saingan skuad Tambadau.

 

Bercakap kepada Bernama baru-baru ini, Presiden SAFA, Datuk Peter Anthony berkata usaha sedang giat dijalankan untuk mencari pemain asing yang sesuai untuk memperkuatkan pasukan Sabah yang akan beraksi di Liga Super pada musim hadapan.

Namun usaha tersebut berhadapan kesukaran selepas harga yang terlalu tinggi diletakkan pemain setakat ini.

“Para pemain professional yang ada di negara ini atau di luar negara sememangnya mempunyai harga yang amat tinggi sekali,” kata Peter.

“Terdapat permintaan gaji sebanyak USD35,000 sebulan dan ada juga yang meminta sehingga USD50,000 sebulan.

Kredit Foto: Facebook FA Sabah

“Kita akan mencari pemain mengikut kemampuan kewangan yang kita ada dan saya yakin kita mampu membentuk satu pasukan yang baik kerana kita mempunyai sokongan daripada pelbagai pihak yang telah memberi penajaan,” katanya selepas Makan Malam Amal dan Kutipan Sumbangan Tabung Safa untuk 2019/2020 di sini, malam tadi.

Antara yang hadir di dalam majlis Makan Malam Amal tersebut ialah Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Mohd Shafie dalam ucapannya mengucapkan tahniah kepada skuad Sabah yang berjaya merangkul juara Liga Premier 2019.

Beliau juga menyatakan keyakinan pasukan Sabah akan terus menempa kejayaan sekiranya ada pengurusan yang baik di bawah kepimpinan Peter.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN