Pengurus Sepanyol, Luis Enrique yang baru sahaja kembali menerajui pasukan itu mendakwa penggantinya sebelum ini, Robert Morena bersikap ‘tidak setia’ dan tidak akan menjadi sebahagian daripada pasukan kejurulatihan pasukannya.
Enrique melepaskan jawatannya pada Jun lepas untuk meluangkan masa bersama anaknya, Xana yang berusia sembilan tahun. Xana kemudian meninggal dunia akibat barah tulang pada Ogos lepas.
Anak Perempuan Luis Enrique Meninggal Dunia, Warga Sukan Seluruh Dunia Nyatakan Sokongan Moral – https://t.co/4tFKVs64Kq pic.twitter.com/vHuwONyt2x
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) August 31, 2019
Dalam tempoh itu, Moreno menggantikan Enrique di kem Sepanyol dan cemerlang memimpin La Roja menamatkan kempen Kelayakan Euro 2020 selaku pendahulu kumpulan F dengan rekod tanpa kalah dan layak ke kejohanan utama itu secara automatik.
Moreno akhirnya meninggalkan skuad Sepanyol selepas mencatat kemenangan 5-0 ke atas Romania pada 18 November dan beliau dilihat mengalirkan air mata selepas tamat perlawanan tersebut.
“Satu-satunya individu yang bertanggungjawab untuk memastikan Robert Morena tidak akan menjadi staf kejurulatihan pasukan ini adalah saya,” kata Enrique seperti yang dilaporkan BBC.
“Dia ada datang untuk berjumpa di rumah saya dan memberitahu saya yang dia mahu mengendalikan pasukan pada kejohanan Euro 2020 dan selepas itu dia gembira untuk menjadi pembantu jurulatih saya sekali lagi.
Luis Enrique on sacking Robert Moreno from Spain post:
'I understand he worked hard to be there and that he is ambitious, but for me it was disloyal, and I would never do that. I do not want anyone with that personality on my staff. Ambition is a virtue but over-ambition is not' pic.twitter.com/QQVz732n6l
— Guardian sport (@guardian_sport) November 27, 2019
“Saya faham yang dia bekerja begitu kuat dan bersungguh-sungguh untuk menjadi ketua jurulatih dan itu adalah cita-citanya. Tetapi pada saya tindakannya itu menunjukkan dia tidak setia.
“Saya tidak akan sesekali melakukan perkara sedemikian dan saya tidak mahu seseorang yang mempunyai perwatakan seperti itu menjadi staf saya.”
Hubungan Enrique dan Morena sebelum ini boleh dikatakan amat rapat memandangkan mereka pernah bekerjasama di Barcelona, Celta Vigo dan AS Roma. Moreno turut menyertai pasukan kejurulatihan sejak awal Enrique dilantik sebagai ketua jurulatih Sepanyol pada Julai 2018.
Roberto Moreno Sedia Serah Kembali Jawatan Pengurus Sepanyol Kepada Luis Enrique – https://t.co/1VJa50pJKJ pic.twitter.com/TOisvcuwxT
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) September 3, 2019
“Saya memahami keputusannya itu, tetapi tidak boleh bersetuju dengannya. Dengan berat hari saya terpaksa berterus terang memberitahu yang saya tidak mahu dia menjadi pembantu saya lagi.
“Cita-cita yang murni akan memberi semangat dan galakan, tetapi cita-cita yang berlebih-lebihan adalah perosak, ia tidak akan membawa kepada kebaikan.”