Ini bukanlah kempen yang baharu. Malah ia sudah dilancarkan beberapa bulan lalu bagi mengkritik pemilikan Stan Kroenke dan mahukan perubahan.
#WeCareDoYou sebelum ini dikatakan berjaya menggegar pengurusan Kroenke kerana Josh telah mengumumkan dana untuk membeli beberapa pemain.
#WeCareDoYou kemudian sedikit reda, mungkin sebab Arsenal menandatangani beberapa pemain dan ditenangkan oleh anak Stan Kroenke iaitu Josh Kroenke.
Josh berjanji Arsenal akan terus agresif di pasaran perpindahan selepas mereka membawa masuk Nicolas Pepe, Dani Ceballos dan David Luiz — bersama dengan perlantikan Edu sebagai Pengarah Teknikal.
Selepas gagal menang 5 perlawanan terakhir mereka dalam liga, #WeCareDoYou kembali dengan kritikan ke atas Kroenke dan mahukan ada ‘urgency’ untuk memperbaiki Arsenal.
Arsenal kini 8 mata daripada 4 tempat teratas. Unai Emery kini merasai tekanan. Dan pengerusi Sir Chips Keswick dilaporkan mahu meletakkan jawatan kerana ada pergolakan di pengurusan tertinggi.
Keswick kecewa kerana idea beliau untuk membawa masuk David O’Leary ke dalam pengurusan Arsenal ditolak oleh Raul Sanllehi.
Dengan aksi hambar di atas padang, #WeCareDoYou menyatakan:
“Pada Julai lalu kami sudah membangkitkan beberapa perkara penting kepada Arsenal, serta menggariskan keprihatinan kita kepada hala tuju kelab kita.”
“Satu petisyen ditandatangani 100,000 orang penyokong Arsenal adalah mereka yang terasa terasing dan tak terhubung dengan kelab. Mereka tidak pasti tentang masa depan kelab.”
“Selepas itu, kita diberitahu untuk terasa teruja menyokong pasukan. Dan sebagai penyokong, kita memang lakukannya. Terdapat banyak isu yang dibangkitkan dalam kenyataan pertama kami, yang masih tidak diselesaikan oleh kelab. ”
“Walaupun perkara-perkara ini masih belum selesai, ia adalah keadaan yang sangat membimbangkan dan mendesak, di atas dan di luar padang, yang memerlukan tindakan segera dan mengambil kira kebimbangan kami.”
“Sehinggalah kelab ini – terutama struktur pengurusan kanan, berjalan dengan cekap, berkesan dan bercita-cita tinggi, barulah beberapa isu lain boleh, atau akan, diselesaikan dengan sebaiknya.”
“Optimisme pada awal musim panas, apabila urusan kita kelihatan sangat baik dan beberapa pembelian pemain yang positif, telah memberi membangkitkan persoalan yang baharu mengenai hala tuju kelab dan juga pemilik.”
“Para penyokong merasakan kelab itu ibarat telah terputus talinya dan melayang tanpa tujuan, tidak pasti ke mana destinasinya.”
"Remember who you are, what you are and who you represent."
A statement from the We Care Do You Campaign.https://t.co/OT9gkZfDcK#WeCareDoYou #Arsenal pic.twitter.com/vJfjnifBBd
— AFC_WeCareDoYou? (@AfcWecaredoyou) November 24, 2019
“Kecelaruan yang berlaku di bilik persalinan telah mempengaruhi persembahan pasukan di padang. Dan jelas sekali, sasaran oleh pihak pengurusan tertinggi adalah 4 teratas pada akhir musim ini, ia kelihatan semakin terancam walaupun baru suku musim ini.”
“Kami pernah menyatakan betapa kami, tidak pernah terasa kurang dihargai seperti ini – dan terus sukar untuk berkomunikasi dengan pengurusan kelab.”
“Kita faham, Arsenal harus menyelesaikan isu secara internal, namun roda perhubungan yang ada ketika ini, ianya agak rosak. Ada info yang terbocor kepada beberapa journalis [namun bukan penyokong]. Itu tidak boleh diterima dan kami tak puas hati.”
“Dalam kenyataan bertulis Stan Kroenke sebelum ini, beliuau menggariskan cita-cita kelab yang jelas.”
“Cita-cita KSE adalah untuk melihat kelab ini konsisten bersaing kejuaran EPL dan UCL. Namun kami masih tak nampak bukti semua ini? Dan prestasi semasa kita jelas sekali tersasar jauh daripada matlamat asal.”
“Kami membangkitkan isu keperluan untuk perlantikan lembaga pengarah yang baharu dan dinamik; orang yang ada DNA Arsenal, kini sangat diperlukan.”
“Sedih sekali, kelab langsung tak peduli dengan cadangan-cadangan kami ini. Bolehkah kami merasakan bahawa kamu semua [pengurusan] masih berpuas hati dengan orang-orang yang ada memegang jawatan?”
“Josh Kroenke mengumumkan cita-cita KSE adalah untuk menyelamatkan kelab dan juga masa depan kelab.”
“Pada dekad lalu, kecualikan Piala FA, ianya boleh dikira satu kegagalan, di dalam dan luar padang. Pasukan kita bukan sahaja statik tetapi tidak berkembang.”
“Pada hari ini, ianya adalah legasi kepada tahun Kroenke.”
“Walaupun sokongan kami terus luar biasa, namun jumlah penyokong di Emirates mulai berkurang. Dan keadaan ini akan terus berubah menjadi suasana toksik dalam masa terdekat, jika kekalutan semasa dan kekurangan kepimpinan yang sebenar di kelab terus diterjemahkan dengan pretasi hambar di atas padang.”
“Kami menuntut komitmen daripada pengruusan tertinggi untuk mengenalpasti masalah yang kita hadapi ketika ini danimpak kritikal semua ini kepada kelab di masa hadapan.
“Sebagai penyokong, kami mahukan komunikasi sebenar dan ada jaminan oleh lembaga pengarah.”
“Seperti mana yang dikatakan oleh ramai pengurus dan pemain yang hebat, Arsenal haruslah ingat siapa kamu dan ada apa pada diri kamu, serta apa siapa yang kamu wakili.”