Bekas pemain pertahanan Blackburn Rovers berkongsi kisah di mana Sam Allardyce cuba menaikkan motivasi pemain dengan filem 300 dan Gladiator ketika berhadapan dengan Manchester United pada 2010.
Givet merupakan antara pembelian besar oleh Blackburn ketika itu dari Marseille. Menyertai Blackburn selepas diyakinkan oleh Big Sam.
Bekas pemain Perancis itu berkata, Big Sam pernah menggunakan cara dramatik untuk menaikkan semangat para pemain ketika di Old Trafford.
“Selepas memanaskan badan, kami semua pergi masuk ke bilik persalinan. Dan ketika kami bersiap siap nak memakai jersi dan shin guard, tiba-tiba beliau (Big Sam) berkata, tunggu dulu. Dan mereka mengeluarkan projektor.”
“Sam Allardyce memainkan filem pendek Gladiator dan 300.”
“Kami semua kemudiannya mengikut apa yang dilakukan para pahlawan itu dengan menjerit ‘Ahhhhhhh!”
Walaubagaimanapun, semangat mereka mati dengan awal apabila dirobek oleh Manchester United. Mereka tewas teruk pada hari itu.
Givet menambah: “Dalam masa 30 minit di atas padang, kami ketinggalan 3-0. Dan tamat perlawanan kami tewas 7-1.”
Dmitar Berbatov menjaringkan 5 gol di dalam perlawanan tersebut.
Selepas tamat perlawanan, kami semua bergelak ketawa apabila mengingatkan kembali apa yang kami buat. Ternyata para pahlawan itu langsung tak ‘masuk’ dalam diri kami.”
In L’Equipe today, Gael Givet says Sam Allardyce tried to fire Blackburn’s players up for a game against Man United in 2010 by showing them clips from Gladiator and 300. “We were all like, ‘Ahhhhh!’ [mimics soldier with sword]. After 30 minutes, we were 3-0 down. We lost 7-1.”
— Tom Williams (@tomwfootball) November 24, 2019
Bukan Sam Allardyce seorang yang menggunakan teknik seperti ini. Malah Pep Guardiola beberapa tahun selepas itu antara yang menggunakan filem Gladiator dalam menaikkan motivasi para pemain Barcelona.
Pep did something similar before the '09 CL final. From @GuillemBalague book: pic.twitter.com/8GzrtTeHme
— Paul Griffin (@PGriffinFC) November 24, 2019
Cuma bezanya penerimaan para pemain. Anda sendiri mendenar Gael Givet berkata mereka selepas itu tergelak apabila mengenang kembali apa yang mereka buat pada sesi sebelum perlawanan.