Sukan SEA: Pasukan Bertanding Mahu Lupakan Masalah Logistik, Fokus Kepada Saingan Sebenar

Skuad bola sepak Myanmar, Kemboja dan Timor Leste adalah antara yang berhadapan dengan masalah logistik sebaik ketibaan pasukan masing-masing di Manila untuk temasya Sukan SEA pada Sabtu lalu.

Pelbagai masalah yang timbul dari kelemahan tuan rumah sebaik sahaja mereka mendarat, meliputi kelewatan pengangkutan dan hotel penginapan – yang mengundang kritikan terhadap mutu penganjuran negara tuan rumah, Filipina.

“Benar, kami melalui beberapa masalah di lapangan terbang dan juga hotel penginapan. Saya berharap ia tidak akan berlaku lagi,” ujar pengendali Timor Leste, Fabiano Flora.

“Saya berpendapat setiap pasukan yang bertanding wajar dihormati, dan apa yang berlaku kelmarin adalah tidak bagus,” tambah beliau lagi.

Skuad Timor-Leste terpaksa menunggu berjam-jam lamanya di lapanangan terbang untuk dipindahkan ke hotel. Membuatkan perkara semakin parah, mereka kemudiannya dihantar ke hotel yang salah.

Ketua Jurulatih Myanmar, Velizar Popov pula tidak gemar membincangkan perkara tersebut.

“Saya berpendapat ia tidak memberi imej yang baik kepada keljohanan ini jika kita mula bercakap mengenainya di sidang media.

“Ya kami menghadapi sedikit masalah sebaik tiba, tetapi saya tidak mahu bercakap mengenainya, kerana ia sudah tidak penting,” ujar Popov.

Bagi pengendali Kemboja, Feliz Dalmas, beliau mahukan setiap cabaran sejak tiba dihadapi dengan positif.

“Kami terpaksa menyesuaikan kembali beberapa perkara, namun kami sudah bersedia. Kami tahu ia tidak akan sempurna apabila anda akan beraksi di luar negara,” jelas Dalmas.

“Perkara sudah berlaku. Kami menunggu beberap jam untuk dijemput dari lapangan terbang. Ia bukan perkara yang sepatutnya, tetapi kami menyesuaikan diri dengan keadaan. Pemain tetap bersemangat,” tambah beliau.

Acara bola sepak lelaki bermula pada hari ini di Stadium Memorial Rizal diantara Malaysia dan Myamar, sebelum Filipina berhadapan dengan Kemboja di saingan Kumpulan A.

Saingan Kumpulan B pula menyaksikan Vietnam akan berhadapan Brunei di Stadium Bola Sepak Binan, Laguna.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN