Kecewa Gagal Bantu Malaysia Di Filipina, Wan Kuzain Tetap Positif

Mana-mana pemain bola sepak profesional, perkara terutama semestinya ialah untuk menyarung jersi pasukan negara dengan penuh kebanggaan di kejohanan-kejohanan utama.

Begitu juga dengan Wan Kuzain Wan Kamal yang berpengkalan di Amerika Syarikat bersama Sporting Kansas City.

Mengakui kecewa kerana impiannya untuk beraksi untuk pasukan negara kali ini gagal direalisasikan akibat masalah dokumentasi, pemain tengah berusia 21 tahun ini tetap memasang impian menyarung jersi Malaysia pada masa akan datang.

Malah beliau mahu kekal positif dan mahu melihat pasukan negara mencapai kejayaan di temasya itu nanti.

“Kecewa kerana tidak dapat mewakili Malaysia di Sukan SEA. Saya berharap semuanya berjalan lancar dan dapat turut serta, malangnya buat masa ini, ia belum kesampaian.

“Selamat maju jaya kepada pasukan [Malaysia] di Filipina,” katanya menerusi muat naik terbaharu pada akaun sosial Twitter miliknya.

Wan Kuzain terpaksa melupakan hasrat untuk bersama skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee selepas masalah dokumentasi yang gagal diselesaikan sebelum tarikh tutup pendaftaran.

Sebelum ini Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berkata mereka akan terus komited untuk membantu Kuzain sekiranya beliau ingin terus mewakili negara di saingan antarabangsa,

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN