Pasukan Liga Malaysia 2020 Wajib Buat Akuan Bersumpah

Stuart Ramalingam

Tidak ada alasan, dan ianya diwajibkan kepada semua pasukan bertanding di Liga Malaysia pada musim ini.

Mulai musim hadapan, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mewajibkan setiap pasukan yang bertanding di Liga Malaysia untuk membuat akuan bersumpah pada 15 Disember akan datang.

Melalui akuan bersumpah tersebut, setiap pasukan diwajibkan untuk mengisytiharkan sebarang hutang yang masih belum diselesaikan pada musim ini, dan pelan untuk menyelesaikan tunggakan berkenaan.

Menurut Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam, akuan bersumpah tersebut perlu dibuat oleh kesemua pasukan bertanding bagi memastikan mereka tidak membawa hutang-hutang lama termasuk tunggakan gaji pemain dan tunggakan hutang dengan agensi kerajaan seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri pada musim ini ke musim depan.

“Kita meminta kesemua pasukan untuk membuat akuan bersumpah bukan bertujuan untuk menghukum pasukan berkenaan, tapi bagi memastikan mereka bebas daripada sebarang hutang tertunggak, dan pelan untuk mengatasi masalah tunggakan berkenaan,” ujar beliau ketika bercakap kepada Bernama.

“Harus diingat semua pasukan harus bertanggungjawab terhadap segala hutang mereka, dan mereka harus bijak mencari jalan untuk menyelesaikan hutang-hutang mereka, dan tidak membawa hutang berkenaan pada musim depan.”

Mengenai akuan bersumpah tersebut, Stuart mengingatkan setiap pasukan perlu jujur dan tidak menyembuyikan sebarang hutang tertunggak.

Sidang Media Pengumuman Nama-Nama Pasukan Yang Lulus Lesen Kelab Untuk Liga Super & Liga Premier 2020

Sidang media ini…

Posted by Football Association of Malaysia (Official) on Friday, September 27, 2019

Sebarang penipuan yang dikesan bakal berdepan tindakan tegas daripada FAM, termasuk lesen mereka bakal ditarik balik oleh First Instance Body (FIB) Pelesenan Kelab badan induk itu pada bila-bila masa.

Setakat ini Stuart mengesahkan kesemua pasukan sudah mendapat lesen kebangsaan daripada First Instance Body Pelesenan Kelab FAM bagi membolehkan mereka beraksi dalam Liga-M 2020.

Hanya Kelantan dan Sarawak yang diberi lesen kebangsaan dengan bersyarat setelah gagal memenuhi beberapa kriteria yang ditetapkan.

Pemain yang masih mengalami masalah pembayaran gaji diminta terus tampil kepada FAM pada musim hadapan.

“Sekiranya wakil pasukan tidak ada akuan bersumpah pada 15 Dis ini, saya meminta pemain terlibat untuk tampil membuat aduan kepada FAM supaya tindakan lanjut boleh diambil.

“Tindakan seperti ini bukanlah perkara baharu kerana ia merupakan peraturan yang sudah lama termaktub dalam FAM,” tegas Stuart.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN