Kuching FA berjaya memastikan mereka akan beraksi dalam saingan Liga Premier pada musim hadapan.
Kuching membawa tiket selaku juara Liga M3.
Play off di antara Kuching dan Sarawak ini berlangsung apabila ada penstrukturan semula dalam Liga Malaysia.
Dalam aksi yang berlangsung sebentar tadi, Kuching FA menang 3-1.
Kuching mendahului menerusi Shahran Abdul Samad pada minit ke-9.
Namun Hudson Diaz menyamakan kedudukan pada separuh masa kedua.
Seterusnya, gol kedua Kuching adalah menerusi Hafis Saferi pada minit ke-77.
5 minit sebelum wisel penamat, bekas pemain Sarawak dan juga kebangsaan, Joseph Kalang Tie.
Kuching menang 3-1 dan menghumban Sarawak ke Liga M3. Kedudukan paling teruk dalam sejarah bola sepak Sarawak sejak era profesional dan semi pro.
Tinggal 45 minit untuk merealisasikan impian. pic.twitter.com/gpfptzcD8M
— Kuching City F.C. (@OfficialKCFC) November 23, 2019
Tahniah kami ucapkan kepada Kuching FA. Ini meruapakan kejayaan terbesar Kuching FA di dalam sejarah mereka.
TAHNIAH diucapkan kepada pasukan Kuching FA yang menewaskan Sarawak dalam perlawanan playoff untuk layak ke Liga Premier 2020!
Jumpa lagi musim depan!#LigaPremier2020 pic.twitter.com/WMZ4V212uw
— Malaysian Football League (@MFL_MY) November 23, 2019
Semoga Sarawak FA bangkit kembali.