Pemain Berdarah Malaysia-Belgium, Dion Cools Akan Tinggalkan Club Brugge?

Semalam pemain berdarah Malaysia-Belgium, Dion Cools menarik perhatian peminat dan penyokong bola sepak di negara ini apabila berkongsi gambar dirinya memperagakan jersi skuad kebangsaan Harimau Malaya.

Perkara ini membuatkan ramai tertanya-tanya sekiranya pemain kelahiran Kuching, Sarawak ini berminat untuk menyarung jersi pasukan negara pasa masa hadapan.

Terbaru, media di Belgium berkata pemain ini berkemungkinan memilih untuk meninggalkan kelabnya, Club Brugge pada jendela perpindahan Januari ini.

Di bawah kendalian Philippe Clement, Cools bukan lagi pemain pilihan di posisi bek kanan pasukan.

Clement tiba mengambil alih Club Brugge pada musim panas yang lalu.

Sepanjang musim ini, Cools hanya diturunkan sekali di dalam kesebelasan utama untuk aksi liga, dan hanya beraksi tiga minit untuk Club Brugge ketika tewas kepada Paris Saint-Germain di pertandingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) pada 7 November lalu.

Laporan dari Voetbal24 itu juga mengatakan Cools berkemungkinan terpaksa mencari pasukan baru demi memastikan karier beliau tidak terjejas.

Beberapa kelab di Belgium juga dikatakan telah menunjukkan minat untuk mendapatkan pemain kelahiran Malaysia ini.

Sama ada Cools akan beraksi bersama Luqman Hakim di KV Kortrijk juga adalah satu kemungkinan – mengambil kira kelab tersebut dimiliki oleh Tan Sri Vincent Tan.

Selain daripada mewakili kelab di pentas Eropah, Cools juga pernah beraksi untuk Belgium di setiap peringkat umur pertandingan antarabangsa.

Namun sehingga kini, pada usia 23 tahun, beliau belum lagi pernah mendapat panggilan daripada Roberto Martinez bersama skuad kebangsaan Belgium.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN