PBSNT Sifatkan Pelaksanaan ECP Bakal Jadi Penyelamat Banyak Pasukan

PBSNT

Setiausaha Eksekutif Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT), Mohd Syahrizan Mohd Zain percaya pelaksanaan Economic Control Programme (ECP) oleh Malaysian Football League (MFL) bakal menjadi penyelamat kepada kebanyakan pasukan daripada terjerumus dengan masalah kewangan.

Meskipun pada awalnya peraturan ECP dilihat sukar untuk diikuti kebanyakan pasukan Liga Malaysia pada musim depan namun
setelah mendengar taklimat ECP daripada pihak MFL pada Isnin lalu, beliau yakin ia akan banyak membantu pasukan menguruskan kewangan lebih baik.

Malah, Syahrizan memuji pendekatan MFL sebagai badan penganjur Liga Malaysia yang cukup bersungguh membantu semua pasukan bertanding untuk bergerak secara seimbang tanpa mengorbankan nilai komersial Liga Malaysia.

“MFL nampaknya mahu memastikan bahawa liga ini bukan sekadar hendak fokus kepada komersial sahaja tetapi kita nak seimbang juga dengan pengurusan perbelanjaan pasukan.

“Mungkin pada tahun ini untuk permulaan mungkin ada masalah, mungkin ada sedikit kesusahan untuk diikut, namun apa yang saya tengok mungkin dalam tahun 2021 ke atas saya rasa ia boleh membantu pasukan-pasukan untuk mengelak dari terbeban dengan masalah kewangan.

“Kita tidak mahu mengejar piala dalam masa yang sama kita menghadapi masalah kewangan, yang besar sekali ialah masalah kegagalan bayaran gaji pemain, itu lagi memberi imej buruk kepada Liga Malaysia sendiri, “ katanya.

ECP bakal dilaksanakan secara berperingkat mulai musim 2020 dan MFL telah melantik PricewaterhouseCoopers Risk Services Sdn. Bhd (PwC) untuk membangunkan peraturan ECP MFL.

Bermula musim depan, setiap pendapatan yang dianggarkan oleh kelab wajib dikontrakkan dalam tiga bentuk iaitu pendapatan daripada penaja, geran kontrak daripada kerajaan dan sumbangan modal daripada pemilik kelab dengan maksimum 70 peratus sahaja jumlah pendapatan kelab boleh diibelanjakan untuk gaji pasukan pasukan pertama.

Dalam pada itu, Syahrizan mengakui pihak Terengganu FC (TFC) senantiasa menjadikan pengurusan kewangan sebagai aspek utama tiap kali bermulanya musim baharu agar tidak terjerumus dengan isu kelewatan pembayaran gaji dan sebagainya.

Justeru, pelaksanaan ECP ini dilihat akan memudahkan lagi pihak TFC membuat perbelanjaan yang lebih efisien sambil tidak melupakan perkara-perkara lain terutama pembangunan akar umbi.

“Sememangnya kita tahu masalah kewangan ini sedang dihadapi semua pasukan terutama sekali dengan situasi ekonomi sekarang yang tidak menentu.

“Bagi TFC, kita pada setiap musim memang kita buat perancangan yang baik agar kita tidak terbeban dengan hutang sama ada dengan pemain atau mana-mana agensi yang terlibat.

“Melalui informasi yang terdapat dalam taklimat, ECP saya tengok akan membantu kelab ini pada masa akan datang, ” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN