Pengendali Thailand, Akira Nishino mengakui pasukannya hilang fokus terutama sekali untuk mencari gol kedua.
Thailand dilihat agak selesa dengan pendahuluan 1 gol dan ramai pemain yang ‘switch off’.
Seterusnya Nishino menyatakan, pemain-pemain Thailand selepas itu seakan-akan hilang keinginan untuk terus mengejar pasukan Malaysia.
Malaysia menang 2-1 dalam aksi yang berlangsung di Bukit Jalil dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.
Kelayakan Piala Dunia 2022: Tan Cheng Hoe Mahu Pemain Muda Belajar Daripada Brendan Gan – https://t.co/32HKKEWHV9 pic.twitter.com/yMcZgaEv3f
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) November 15, 2019
Gol gol Malaysia adalah menerusi Brendan Gan dan Mohamadou Sumareh. Ini selepas Thailand mendahului menerusi Chanathip Songkrasin.
Akira Nishino menyatakan mereka hanya perlu menyalakan diri sendiri kerana kekalahan itu. Ianya kerana sikap mereka sendiri di atas padang.
Akira berkata: “Kami gagal untuk mengekalkan fokus dan keinginan untuk mendapatkan gol kedua. Inilah sebab keputusan ini boleh berlaku.”
“Dalam perlawanan ini menukarkan 3 pertahanan. Dan kesemua mereka beraksi baik sekali walaupun ada beberapa ketika mereka nampak tertekan. Tetapi mereka semua pemain yang bagus.”
Akira kemudian memberikan komen tentang keadaan padang di Bukit Jalil. Menurut beliau, Malaysia ada sedikit kelebihan kerana sudah biasa dengan rumput di Bukit Jalil.
Namun beliau enggan menjadikan itu alasan kerana menurutnya ia bukan sebab utama.
Pemain profesional pastinya sudah bersedia untuk bermain dalam apa jua keadaan padang dan cuaca
Akira berharap para pemain akan berehat secukupnya selepas aksi sukar di Bukit Jalil. Kerana mereka masih ada perlawanan penting selepas ini.
Akira Nishino pastinya akan menggariskan banyak perkara selepas perlawanan ini.
Berdasarkan analisis yang kami buat pasukan Thailand dilihat gagal untuk mendominasi bahagian tengah yang dikuasai oleh pasukan Malaysia.
Analisis Taktikal: Bagaimana Gan Menjadi Kunci Menewaskan Thailand Di Tengah – https://t.co/iAxeRyDh88 pic.twitter.com/XmOvHQ09vP
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) November 15, 2019
Ianya telah membuatkan mereka hilang rantaian dengan pemain nombor 10 yang menjadi perancang utama mereka di final third, iaitu Chanathip Songkrasin.
bagi pasukan Malaysia pula fokus seterusnya adalah perlawanan klasiko Nusantara berhadapan dengan Indonesia.