PSSI Terpaksa Bayar Pampasan Besar Kerana Pecat Simon McMenemy

Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) terpaksa membayar jumlah pampasan yang besar kepada Simon McMenemy selepas memutuskan untuk memecat pengendali dari Scotland itu.

Badan induk bola sepak Indonesia itu sebelum ini memutuskan akan melepaskan McMenemy dari jawatan beliau selepas perlawanan pusingan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Malaysia pada 19 November hadapan.

Keputusan tersebut diambil selepas keputusan mengecewakan Indonesia di pusingan kelayakan – tewas semua perlawanan setakat ini.

Bukan perkara menghairankan PSSI terpaksa mengeluarkan jumlah yang banyak untuk menebus kontrak McMenemy.

McMenemy dilantik selaku pengendali skuad Garuda pada Disember 2018 untuk kontrak selama dua tahun.

Menurut laporan dari Fox Sports Asia, beliau dibayar sekitar US$20,000 sebulan. Untuk melepaskan McMenemy, PSSI terpaksa membayar tidak kurang dari US$ 260,000

Presiden PSSI yang baharu sahaja memegang tampuk pengurusan, Mochammad Iriawan mengakui memecat McMenemy ibarat satu perjudian.

“Ia sememangnya satu risiko berkaitan kontrak, dan ia tidak boleh ditukar ganti. Kami harus memilih diantara memburu pencapaian atau pun wang,” ujar beliau.

Bekas jurulatih, Luis Milla dan bekas Ketua Jurulatih Korea Selatan, Shin Tae-yong kini menjadi calon untuk menggantikan McMenemy.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN