Juventus dan AC Milan dikatakan berminat untuk mendapatkan penyerang Napoli, Dries Mertens.
Bukan 2 kelab itu sahaja yang berminat, malah kelab-kelab lain juga berminat dengan pemain antarabangsa Belgium itu.
Namun Juventus dan Milan bersedia untuk membuka langkah pro aktif untuk mengadakan perbincangan dengan Napoli.
Masa depan Dries Mertens di Napoli, masih tidak menentu. Ini apabila pemain itu masih belum menandatangani kontrak baharu bersama pasukan tersebut.
Kontrak semasa Dries Mertens akan berakhir pada Jun 2020. Napoli bersedia mendengar tawaran daripada pasukan lain pada Januari ini.
Jika Napoli gagal menjual Mertens pada Januari, pemain itu akan menjadi ejen bebas yang boleh didapatkan secara percuma oleh pasukan lain.
Maurizio Sarri mahu menggunakan pengaruhnya untuk memujuk Mertens menyertai beliau di Juventus. Kedua-dua mereka pernah bergabung satu ketika dahulu.
Pada perpindahan pra musim lalu, Sarri gagal mendapatkan Lukaku yang dianggap sesuai dengan sistem permainan beliau.
Kini Sarri menumpukan usaha untuk mendapatkan penggempur serba boleh itu. Mertens meningkat naik di bawah kendalian Sarri satu ketika dahulu. Dan selepas itu menjadi antara bakat elit di Eropah.
AC Milan pula mahu menambahkan lagi sengat di bahagian serangan. Pengendali baru Milan, Stefano Pioli mahu mendapatkan Mertens kerana kualiti pemain itu yang terbukti.
Selain daripada AC Milan dan Juventus, pasukan Inter Milan juga dalam pertimbangan untuk mendapatkan Mertens. Inter sedang menilai situasi semasa Alexis Sanchez.
Enligt Tuttosport och Il Mattino kan även Juventus och Milan nu gå med Inter i jakten på Napolis belgiska landslagsman Dries Mertens, då 32-åringen sitter på ett utgående kontrakt men redan kan lämna i januari. Juves tränare Maurizio Sarri känner Mertens väl från tiden i Neapel. pic.twitter.com/Ih0hQDQ6Fm
— Juventus Club Svezia/Podcast Juventus Club Svezia (@ClubSvezia) November 12, 2019
Pemain itu masih cedera. Sanchez merupakan pinjaman daripada Manchester United. Jadi, Conte mungkin boleh mendapatkan Mertens yang mirip kepada gaya permainan Sanchez pada Januari ini.