Romel Morales Perkuatkan Skuad Melaka United

Romel Morales

Selepas dua musim menabur bakti bersama Kelab Bolasepak Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS FC), Romel Morales Ramirez memilih untuk menyarung jersi Melaka United bagi menghadapi saingan Liga Super 2020.

Berita ini disahkan oleh Melaka United menerusi akaun Facebook rasmi, Melaka United Soccer Association – MUSA kira-kira satu jam yang lalu.

Melaka United turut mendedahkan bahawa pemain berusia 22 tahun itu menandatangani kontrak selama semusim sambil disaksikan oleh Presiden MUSA, Yang Berhormat (YB), Damian Yeo Shen Li di Wisma MUSA, pagi tadi.

Sepanjang menyarung jersi PKNS FC, pemain tengah menyerang kelahiran Colombia itu telah menjaringkan 17 gol dalam semua pertandingan yang disertai.

Pada usia muda, beliau sudah mampu membuktikan kemampuannya sehingga menjadi sebagai antara sandaran utama buat skuad Semut Merah menghadapi saingan Liga Super 2018 dan 2019.

Romel Morales merupakan rekrut kedua buat Melaka United selepas Curran Ferns telah diumumkan menyertai skuad Hang Tuah itu pada 8 November lalu.

Kehadiran kedua-dua pemain tersebut pastinya diharapkan dapat memperkuatkan jentera tengah Melaka United dalam usaha mereka memberikan saingan hebat kepada pasukan lain pada musim baharu nanti.

Kredit foto: Melaka United Soccer Association – MUSA

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN