FAM Sokong WFS Asia 2020 Terus Diadakan Di Kuala Lumpur

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin menyatakan sokongan penuh agar Sidang Kemuncak Bola Sepak Dunia (WSF) Asia diadakan sekali lagi di Kuala Lumpur pada 1-2 Julai 2020.

Keputusan mengadakan WFS Asia buat kali kedua di negara ini adalah selepas kejayaan penganjuran julung kali acara tersebut yang diadakan buat julung kalinya di rantau ini pada tahun ini.

WFS menemukan lebih dari 1000 perwakilan dari dari 60 negara dengan pelbagai latar belakang dalam industri bola sepak, termasuk pembuat dasar di peringkat negara dan kelab, penaja dan pengamal media.

Datuk Haji Hamidin Nyatakan Sokongan Terhadap Edisi Kedua WFS ASIA Julai 2020

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia…

Posted by Football Association of Malaysia (Official) on Wednesday, November 6, 2019

“Berpandukan kepada WFS Asia yang julung kali diadakan April lalu, saya percaya edisi kedua di tempat yang sama harus menyediakan platform untuk semua pemegang kepentingan mengenal pasti trend terkini dalam bola sepak dunia,” ujar Hamidin dalam satu kenyataan.

“Dengan kehadiran beberapa tokoh selaku penyampai ucaptama, dengan kertas pembentangan serta sesi perkongsian ilmu, WFS Asia tentunya memberi ruang pemegang taruh menjalin rangkaian hubungan serta berhimpun dalam mencari idea-idea baharu untuk menjana pendapatan sekali gus menggalakkan pertumbuhan ekonomi menerusi industri bola sepak.

Kami juga akan datang ke World Football Summit Asia atas 5 sebab ni. Jom jumpa kami di sana!

Posted by Semuanya BOLA on Tuesday, April 9, 2019

“FAM menyokong acara berprestij sebegini yang bukan sahaja mendedahkan FAM dan ahli gabungan serta semua pemegang taruh kepada idea-idea terkini bahkan juga menyumbang kepada pelancongan sukan dengan hadirnya perwakilan dari luar negara.”

Datuk Hamidin berkata demikian ketika menerima kunjungan hormat pengurusan tertinggi WFS Asia yang diketuai oleh ketua pegawai eksekutifnya, R. Mohan semalam.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN