Perlawanan suku akhir Piala Carabao diantara Aston Villa dan Liverpool sudah disahkan akan mengambil tempat pada 17 Disember hadapan.
Dalam satu kenyataan semalam, kelab Merseyside itu juga bersetuju untuk meneruskan aksi suku akhir Piala Carabao setelah sebelum ini ada ura-ura juara eropah itu terpaksa memboikot pertandingan tersebut kerana kesesakan pada jadual pertandingan.
Kenyataan itu juga berkata Liverpool akan menggunakan dua skuad akan beraksi dalam tempoh satu hari untuk memastikan mereka terus bersaing di pertandingan Piala Carabao dan juga Piala Kelab Dunia FIFA yang akan berlangsung di Qatar.
Our #CarabaoCup quarter-final tie at @AVFCOfficial will take place on Tuesday 17th December. https://t.co/XyxwTy3wbB
— Liverpool FC (@LFC) November 5, 2019
Berdasarkan perkembangan terkini ini, Liverpool akan menentang Aston Villa di Villa Park pada 17 Disember, sebelum turut akan turun beraksi di separuh akhir Piala Kelab Dunia FIFA 24 jam kemudian.
Mengakui ia bukan senario yang ideal untuk bola sepak, kanyataan tersebut berkata komitmen tetap diberikan demi kebaikan semua pihak termasuk pertandingan, kelab-kelab lain yang terlibat, dan juga Liverpool sendiri.
Sebelum ini pengurus pasukan, Jurgen Klopp menafikan kemungkinan kelab itu akan menyediakan dua pasukan untuk berhadapan dengan kedua-dua pertandingan – namun kini terpaksa akur.
BREAKING: Liverpool are set to play two teams in two different continents within a 24 hour period.
Carabao Cup quarter final on 17th December and then the Club World Cup semi-final on 18th December.
Pure madness but surely history made!? ??? pic.twitter.com/KphDNFswl7
— Footy Accumulators (@FootyAccums) November 5, 2019
“Semua pihak perlu mencari jalan penyelesaian. Masalah [jadual] ini sangat jelas,” ujar Klopp.
“Setiap tahun kita akan mengulang perkara yang sama. Ia tidak kelakar. Lima perlawanan dalam tempoh tiga hari, kita lihat sahaja bagaimana nanti.”
Dari 23 November sehingga 2 Januari hadapan Liverpool akan melalui 12 perlawanan di dalam tempoh 37 hari di tiga pertandingan – Liga Perdana Inggeris, Liga Juara-Juara Eropah, dan Piala Kelab Dunia.
Ini belum lagi termasuk perlawanan pusingan ketiga Piala FA yang akan ditentukan pada minggu pertama 2020.