AFC & FIFA Beri Lampu Hijau Penganjuran Kejohanan Kelab ASEAN

Edisi sulung Kejohanan Kelab ASEAN (ACC) dijangka akan diadakan pada tahun hadapan.

Ini selepas cadangan untuk mengadakan pertandingan kelab peringkat rantau Asia Tenggara itu mendapat sokongan penuh dari Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) Gianni Infantino dan Presiden Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Shaikh Salman Ebrahim Al Khalifa.

ACC dijangka menampilkan 12 kelab terbaik dari negara-negara anggota Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF).

“Kami berkongsi rancangan kami untuk kejohanan kelab dengan Presiden Infantino dan Yang Teramat Mulia Shaikh Salman dan kedua-dua mereka menyokong.

“Kami amat berterima kasih kerana mendapat sokongan penuh daripada FIFA dan AFC,” kata Presiden AFF Mej Jen Khiev Sameth, dalam satu kenyataan semalam.

Penganjuran ACC bertujuan untuk memberi insentif kepada kelab terkemuka dari ASEAN. Ia juga akan menjadi platform utama untuk peringkat seterusnya dalam pembangunan serantau bagi permainan tahap tinggi bertaraf professional.

Selain daripada penganjuran kejohanan, ACC juga akan memberikan fokus untuk meningkatkan pengalaman setiap venue, baik untuk peminat mahupun pemain, selain daripada memberikan ganjaran kepada pasukan-pasukan yang berjaya.

Kelab yang menyertai kejohanan tersebut akan menerima yuran penyertaan daripada pusingan awal dan akan menikmati peningkatan hadiah wang tunai jika mara lebih jauh di dalam kejohanan ini.

Setiap kelab akan menerima yuran penyertaan daripada pusingan awal dengan peningkatan hadiah wang tunai apabila mereka mara dalam kejohanan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN