Kedua-dua pasukan hadir ke perlawanan ini dalam prestasi yang terbaik.
Selangor mencatatkan kemenangan dalam 3 perlawanan terakhir mereka. Manakala Kelantan pula dengan 2 kemenangan berturut-turut.
Perlawanan terakhir mereka berakhir dengan thriller 7 gol di mana Selangor menang 2-5 di Kota Bharu.
Sebelum ini kedua-dua pasukan turut menang dalam 2 derbi penting mereka. Selangor menang ke atas Kuala Lumpur.
Manakala Kelantan pula segar daripada membelasah Terengganu 1-6 dalam Derbi Pantai Timur. Pada malam ini, mereka akan bertemu di Stadium Shah Alam.
Mana-mana pasukan yang menang dalam pertemuan ini akan memintas Kuala Lumpur sebagai pendahulu kumpulan B.
Kedudukan dalam Kumpulan B
[table]
,Perlawanan,Menang,Seri,Kalah,Gol,Bolos,Mata
Kuala Lumpur,2,1,0,1,2,1,3
Kelantan,1,1,0,0,1,0,3
Selangor,1,1,0,0,1,0,3
Pahang,2,0,0,2,0,2,0
[/table]
Prestasi semasa (5 Perlawanan Terakhir)
Selangor
Kelantan
Rekod 6 pertemuan terakhir
Selangor menang: 3 (50%)
Kelantan menang: 2 (33%)
Seri: 1 (17%)
Fakta perlawanan
- Selangor masih belum tewas dalam 4 perlawanan terakhir
- 5 daripada 6 kemenangan terakhir Selangor adalah kemenangan dengan perbezaan 1 gol sahaja
- Selangor masih belum tewas di tempat sendiri dalam 16 perlawanan domestik terakhir dan 8 perlawanan terakhir termasuk perlawanan antarabangsa
- Kelantan adalah pasukan yang terakhir menewaskan Selangor di tempat sendiri dalam pertandingan domestik pada September 2015 dalam Piala Malaysia dengan keputusan 0-3
- Kemenangan 1-6 di Terengganu adalah kemenangan pertama Kelantan di tempat lawan selepas tewas 5 perlawanan berturut turut dan seri sebelum itu
- Kelantan cuma menang 2 daripada 11 perlawanan di tempat lawan
Karakter Pasukan
Selangor
- Gemar mengunakan Taktikal Klasik 4-4-2
- Menyerang melalui sayap kiri
- Aktif mencipta peluang menerusi hantaran lintang
Kelantan
- Aktif menyerang melalui sayap kanan
- Bermain secara agresif
- Cuba untuk kerap mencipta peluang melalui through passes
Kekuatan Pasukan
Selangor
- Mempertahankan gol pendahuluan
- Menyudahkan hantaran lintang
- Memiliki kreativiti di kawasan serangan dengan adanya pemain seperti Andik dan Nazmi Faiz
- Lemah berhadapan dengan pasukan yang agresif dan bermain secara fizikal
Kelantan
- Memiliki kelajuan di bahagian sayap untuk melancarkan counter attack
- Sistem box-to-box player yang aktif
- Menyudahkan peluang gol
Potensi kelemahan
Selangor
- Kerap membazirkan peluang dan mengambil masa yang lama untuk melakukan cubaan tepat
- Gemar untuk bertahan selepas mendapat gol pendahuluan
- Bermasalah untuk bertahan berdepan pemain laju di bahagian sayap
Kelantan
- Melindungi gol pendahuluan
- Kerap melakukan individual errors yang menmbawa kepada ancaman gol oleh pihak lawan
- Melakukan kesalahan di kawasan luar kotak penalti
- Kadangkala terlalu agresif dan berpontensi mendapat kad disiplin
Pemain tumpuan
Ugo Ukah (Selangor)
Pemain bek tengah ini akan mejadi tumpuan. Mereka berdepan dengan penyrang yang sedang dalam prestasi yang terbaik di hadapan gol, Blazhe Ilijoski. Ukah menjadi matchwinner ketika Selangor menewaskan PDRM.
Blazhe Ilijoski (Kelantan)
Man of the moment untuk pasukan Kelantan. Meledak 4 gol ketika menentang Terengganu dalam Derbi Pantai Timur. Beliau juga adalah penjaring terbanyak dalam Liga Super setakat ini.
Sebelum wisel
Jika ada satu keluhan yang relevan dengan Selangor ketika ini, ia adalah kelambatan mereka untuk ‘panas’, terutamanya depan penyokong sendiri di Shah Alam.
Mereka kerap bermula dengan perlahan pada separuh masa pertama. Tetapi tetap berjaya menang kerana kualiti-kualiti pemain sering membolehkan Selangor tetap pulang dengan kemenangan.
Peluang inilah yang perlu diambil oleh Kelantan di Shah Alam pada malam ini.
Ketika kedua-dua pasukan ini bertemu dalam aksi Liga Super 2016 (debut Velizar Popov bersama Kelantan) di Shah Alam, Kelantan bermula dengan baik.
Bagaimanapun kegagalan mereka menghukum Selangor lebih awal walaupun bermain dengan baik menyebabkan mereka hanya seri 0-0.
Ditambah pula dengan kehilangan disiplin pemain mereka sendiri (Wan Zack dibuang padang) sehingga terpaksa bermain 10 orang, Kelantan gagal menghukum Selangor.
Selangor bakal turun dengan keyakinan bahawa mereka kebal di Shah Alam.
Jika Kelantan gagal menghukum Selangor lebih awal, kekebalan Selangor di Shah Alam akan berlanjutan ke 17 perlawanan tanpa kalah di halaman sendiri.
Baca juga: Previu Piala Malaysia 2016 (Matchday 2): Mampukah Terengganu Bangkit Dari Mimpi Ngeri 1-6?