Selepas 5 aksi pertama matchday 2 Piala Malaysia 2016 yang berlangsung malam semalam, ada 3 lagi aksi matchday 2 yang akan berlangsung malam ini:
- T-Team vs Kedah
- Selangor vs Kelantan
- Felda United vs Terengganu
Perhatian peminat bola sepak tempatan pada malam ini akan tertumpu kepada bagaimana Kedah akan bangkit daripada kekalahan memalukan mereka.
Ini berikutan selepas mereka tewas 0-5 kepada JDT dalam aksi Liga Super 2016 di Larkin pada Sabtu lepas.
Selain itu, Terengganu yang dibelasah 1-6 oleh Kelantan di halaman sendiri dalam aksi Liga Super 2016 juga perlu bangkit.
Tugas kebangkitan mereka menjadi bertambah sukar pada malam ini kerana bakal bertandang ke kandang Felda United, antara pasukan paling konsisten pada musim ini.
T-Team v Kedah
Kedudukan dalam Kumpulan D
[table]
,Perlawanan,Menang,Seri,Kalah,Gol,Bolos,Mata
Kedah,1,1,0,0,4,3,3
JDT II,2,0,2,0,2,2,2
T-Team,1,0,1,0,2,2,3
Sarawak,2,0,1,1,3,4,1
[/table]
Prestasi semasa (5 perlawanan terakhir)
T-Team
Kedah
Rekod 5 pertemuan terakhir
T-Team menang: 1 (20%)
Kedah menang: 2 (40%)
Seri: 2 (40%)
Fakta Perlawanan
- T-Team sedang dalam rentetan tanpa kemenangan (winless streaks) dalm 5 perlawanan, 3 kalah dan 2 seri dalam 5 perlawanan terakhir.
- Kedah dibolosi 8 kali dalam 2 perlawanan terakhir mereka
- Kedah masih belum pernah mengalami sebarang rentetan kekalahan pada musim ini
- Kedah masih belum menang dalam 6 kunjungan terakhir ke tempat lawan, tewas 3 kali dan seri 3 kali dalam tempoh tersebut.
- T-Team masih belum menang di tempat sendiri dalam 3 perlawanan berturut-turut sejak Mei.
Sebelum wisel
Cemerlang dengan rentetan 4 kemenangan pada bulan April, T-Team mula merosot bermula pada Mei. Setakat ini, mereka masih gagal menang sebarang perlawanan pada sebelum dan selepas rehat pertengahan musim.
Seperti T-Team, Kedah juga sangat tidak konsisten setakat ini. Selepas April, Kedah gagal mencipta sebarang kemenangan.
Ini adalah perlawanan yang pastinya mahu dimenangi oleh kedua-dua pasukan yang perlu memperbaiki aspek pertahanan pasukan masing-masing.
Secara keseluruhan, 2 pasukan ini sudah 12 bolos dalam 2 perlawanan terakhir.
Felda United v Terengganu
Kedudukan dalam Kumpulan D
[table]
,Perlawanan,Menang,Seri,Kalah,Gol,Bolos,Mata
Felda,1,1,0,0,3,1,3
Melaka,2,1,0,1,4,4,3
Negeri Sembilan,2,1,0,1,4,5,3
Terenganu,1,0,0,1,1,2,0
[/table]
Prestasi semasa (5 perlawanan terakhir)
Felda United
Terengganu
Rekod 5 pertemuan terakhir
Felda United menang: 3 (60%)
Terengganu menang: 1 (20%)
Seri: 1 (20%)
Fakta Perlawanan
- Felda United menang 3 pertemuan terakhir mereka menentang Terengganu
- 2 pasukan ini bertemu sebanyak 9 kali dalam sejarah, masing masing mencipta 4 kemenangan
- Felda United masih belum tewas dalam 5 perlawanan terakhir mereka
- Terengganu telah tewas 6 daripada 10 perlawanan terakhir dan hanya menang 3 kali dalam tempoh tersebut
- Pada 2016 Felda masih belum pernah tewas di tempat sendiri dalam 10 perlawanan terakhir sejak Januari dengan 9 kemenangan dan seri sekali.
- Terengganu masih belum menang dalam mana mana 4 kunjungan terakhir mereka ke tempat lawan.
- Terengganu melepaskan 10 bolos dalam 5 perlawanan terakhir, purata 2 bolos setiap perlawanan
- Felda United hanya gagal menajaringkan gol dalam 2 perlawanan sahaja daripada 10 perlawanan terakhir
- Felda menjaringkan 2 gol atau lebih dalam 11 perlawanan terakhir mereka.
Sebelum wisel
Terengganu bakal tampil dengan ‘wajah’ baru selepas ‘merehatkan’ ketua jurulatih mereka, Mike Mulvey pada minggu lepas berikutan kekalahan 1-6 mereka kepada Kelantan dalam aksi Liga Super.
Dengan kemenangan 3-2 Negeri Sembilan semalam, Terengganu adalah satu-satunya pasukan yang masih belum menang dalam kumpulan ini.
Sementara itu, Felda United pula antara pasukan yang berada dalam prestasi terbaik buat masa ini.
Selain Piala Malaysia, mereka masih kekal menjadi pencabar kepada JDT dalam saingan Liga Super.
Felda pastinya mahu mengambil kesempatan ke atas proses transisi sementara di Terengganu. Namun, pada musim lalu, perubahan struktur di pertengahan musim telah menjadikan Terengganu lebih cemerlang.
Mampukah Terengganu melakukannya kali ini?
Baca juga: Analisis Taktikal Liga Super 2016: Kedah Naif Bertahan Dengan Garisan Defensif Tinggi