Supercoppa Italiana (Italian Super Cup) merupakan pertandingan pembukaan untuk musim baru di Itali.Pertandingan ini biasanya dilangsungkan seminggu sebelum bermulanya musim baru.
Pada edisi 2014, Juventus (Juara Serie A) dijadualkan bertemu dengan Napoli (Juara Coppa Italia) pada 24 Ogos 2014.Oleh kerana penglibatan Napoli dalam Liga Juara-Juara, mereka meminta perlawanan ini ke tarikh semasa cuti musim sejuk Serie A.
Edisi kali ini berlangsung di Doha, Qatar pada 22 Disember 2014.
Carlos Tevez menjaringkan gol pertama Juventus selepas kesilapan tahap budak sekolah yang dilakukan oleh pertahanan Napoli.
SIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII!!! CARLITOOOOOOOS DI NUOVOOOOO!!!! Siamo avanti siamo avanti! #JuveNapoli 2-1 #SupercoppaTIM pic.twitter.com/yyNV3d8lBy
— JuventusFC (@juventusfc) December 22, 2014
Gonzalo Higuain menyamakan kedudukan pada minit ke-68.Jaringan ini terhasil selepas gerakan solo dan hantaran lintang De Guzman memudahkan Higuain untuk menewaskan Buffon.
#Supercoppa2014 #JuveNapoli #ForzaNapoli pic.twitter.com/iSarSUBLkP
— Giovanni Nappi (@Giovanni_Nappi) December 22, 2014
Perlawanan dilanjutkan sehingga ke masa tambahan.Tevez dan Higuain sekali lagi menjaringkan gol untuk pasukan masing-masing dan mengheret perlawanan ke penentuan penalti.Berikut merupakan senarai pemain yang mengambil sepakan penalti :
Kredit gambar: footballdatabase.eu, wikipedia, it.blastingnews.com