Pengurus Leicester, Brendan Rodgers memuji prestasi para pemainnya ketika membelasah Southampton dalam aksi EPL.
Ayoze Perez dan Jamie Vardy, masing-masing mencetak hatrik dalam aksi tersebut.
Kemenangan 9-0 itu menyamai rekod kemenangan terbesar dicatatkan dalam EPL – sama dengan Man United pada 1995, ketika itu Red Devils membelasah Ipswich Town dengan angka yang sama.
Beberapa minggu lalu, Man City hampir menyamaai rekod tersebut.
Rodgers berkata: “Kami sangat bernafsu. Saya bangga menjadi pengurus pasukan yang sedang beraksi di atas padang itu.”
“Salah satu tanda pasukan itu pasukan yang bagus adalah, kamu jangan terleka. Kami mahu menunjukkan bahawa kami pasukan yang bagus dan kami buktikannya pada separuh masa kedua.”
“Kami terus bernafsu memburu gol dan cuba menjadikan permainan kami menjadi lebih mudah. Apabila kamu sudah menjaringkan gol yang sangat banyak, sangat penting untuk kamu kekal fokus.”
“Dan untuk menjadi pasukan yang hebat, kamu juga harus klinikal.”
Walaubagaimanapun, Brendan Rodgers meminta maaf kepada lawan mereka kerana kemenangan 9-0 itu dan berharap lawan mereka akan bangkit pada perlawanan akan datang.
“Saya simpati dengan Ralph, dan saya tahu ianya detik sukar buat beliau. Namun kami terpaksa mencari gol seberapa banyak yang kami boleh.”
Brenadan Rodgers turut tumpang gembira dengan Kasper Schmeichel yang mengulangi pencapaian ayahnya satu ketika dahulu.
“Kasper sangat sangat gembira. Satu-satunya penjaga gol sebelum ini yang pernah menang 9-0, adalah ayahnya.”
Like father like son what a good moment for Leicester goalie Kasper Schmeichel…. pic.twitter.com/NVh8OUbQNK
— The Northern Frontier Voices (@Northernfinest) October 26, 2019