UEL 2019/20: Gol Penalti Martial Akhiri Penderitaan Manchester United

Gol penalti Anthony Martial pada separuh masa pertama menghasilkan kemenangan 1-0 Manchester United ke atas Partizan Belgrade dalam saingan Liga Europa (UEL) dan meletakkan The Red Devils sebagai pendahulu kumpulan L.

Manchester United meletakkan Anthony Martial yang baru kembali dari kecederaan sejak Ogos lalu sebagai penyerang utama sementara Marcus Rashford, Daniel James dan Andreas Pereira bersedia di bangku simpanan.

Ole Gunnar Solskjaer turut memberikan debut pertama kejohanan Eropah buat dua pemain remaja, James Garner dan Brandon Williams. Sergio Romero terus menjadi penjaga gol pilihan untuk perlawanan di peringkat Eropah.

Harry Maguire yang dipilih sebagai kapten pasukan membentuk gandingan bek bertiga bersama Phil Jones dan Marcos Rojo.

Pada minit ke-37, Jesse Lingard gagal menyudahkan peluang selepas rembatannya sekadar terkena tiang. Tiga minit kemudian, giliran Partizan pula mencemaskan kem United selepas rembatan Umar Sadiq dari jarak 20 ela menggegar tiang gol pasukan pelawat.

Martial akhirnya berjaya memecah kebuntuan dengan menyudahkan sepakan penalti selepas Williams dijatuhkan oleh Nemanja Miletic dalam kotak penalti.

Pada separuh masa kedua, Solskjaer yang seolah-olah tidak puas dengan satu gol bertindak memasukkan Marcus Rashford dan Daniel James dengan mengeluarkan Martial dan Aaron Wan-Bissaka.

Tamat perlawanan, Manchester United meraih kemenangan sekalipun sepanjang perlawanan mereka hanya mencatat satu sahaja percubaan tepat yang berjaya menghasilkan jaringan dan ianya adalah kemenangan pertama di tempat lawan selepas 11 percubaan.

Partizan juga berhasil membuat beberapa percubaan berbahaya termasuk percubaan yang terkena tiang dan memaksa Sergio Romero bekerja keras menyelamat berberapa percubaan.

Kali terakhir Manchester United bertemu dengan Partizan adalah dalam perlawanan separuh akhir Piala Eropah pada musim 1965/66 di mana Partizan menang 2-1 secara agregat untuk melangkah ke perlawanan akhir.

Kemenangan ini sudah tentu melegakan Solskjaer. Satu perlawanan yang boleh dianggap sempurna selepas mengakhirinya tanpa bolos, tiada pemain yang cedera dan berjaya memberi peluang kepada pemain-pemain muda seperti Brandon Williams dan James Garner untuk bermain di saingan Eropah.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN