Kingstown Klang FC melonjak ke tangga teratas saingan kumpulan A Selangor Champions League 2019 (SCL2019) selepas berjaya menundukkan SA AZE FC dengan keputusan 3-0 pada aksi yang berlangsung di Arena MPSJ, malam tadi.
Skuad yang dibarisi himpunan pemain berpengalaman dalam kancah bola sepak tanah air itu tidak menunggu lama bagi membuka tirai jaringan apabila Rudie Ramli mudah menolak masuk bola hasil sepakan percuma yang diambil Azidan Sarudin pada minit kelima.
GOAL! Kingstown Klang leads!
Azidan Sarudin’s free-kick finds Rudie Ramli who taps the ball in!#KINGvsAZE#SCL2019#LigaUntukJuara#EarnedNotGiven#FootballSelangor pic.twitter.com/mJb47rEYkl
— Football Selangor (@FootballSEL) October 23, 2019
Berselang empat minit kemudian, Kingstown Klang FC terus melebarkan kedudukan berpunca daripada larian pantas oleh Shah Azman Ekmal Saleh yang kemudiannya melakukan hantaran di hadapan pintu gol SA AZE FC lalu pertahanan lawan tertampan bola ke gawang sendiri.
GOAL! Two for Kingstown Klang!
Shah Azman’s cutback was diverted by an SA AZE FC player into his own net!#KINGvsAZE#SCL2019#LigaUntukJuara#EarnedNotGiven#FootballSelangor pic.twitter.com/H0uKz5xO7R
— Football Selangor (@FootballSEL) October 23, 2019
Tidak cukup dengan dua jaringan tersebut, Mohd Shamirul yang tidak dikawal ketika situasi sepakan sudut oleh Azidan tidak melepaskan peluang tersebut bagi menjadikan kedudukan 3-0.
SA AZE FC nyata tidak mempunyai jalan untuk menembusi gawang Kingstown Klang FC untuk kedudukan tersebut kekal hingga tamat permainan.
GOAL! It’s three!
Azidan’s corner finds Mohd Shamirul unmarked by the far post and his header bounced into the net!#KINGvsAZE#SCL2019#LigaUntukJuara#EarnedNotGiven#FootballSelangor pic.twitter.com/8wRP1iuYXX
— Football Selangor (@FootballSEL) October 23, 2019
Kingstown Klang FC kini di tangga teratas dengan sembilan mata hasil tiga kemenangan dan satu kekalahan manakala SA AZE FC di tangga terbawah tanpa sebarang mata selepas mengharungi empat perlawanan.
Pemain terbaik perlawanan: Azidan Sarudin (Kingstown Klang FC)