UCL 2019/20: Mertens Atasi Rekod Maradona, Haaland Makin Berbisa

Penyerang Napoli, Dries Mertens kini muncul penjaring kedua terbanyak Napoli mengatasi rekod Diego Maradona dalam kemenangan 3-2 pasukannya ke atas Red Bull Salzburg dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) pada awal pagi tadi.

Dua gol dari pemain berusia 32 tahun itu meletakkan beliau satu gol mengatasi legenda Argentina itu dengan 116 gol, lima gol di belakang Marek Hamsik – yang berpindah ke kelab China, Dalian Yifang pada musim panas lepas.

Maradona merupakan pemain legenda Napoli selepas membantu kelab itu menraih kejuaraan liga Itali pada musim 1986/87.

Penyerang muda sensasi, Erling Braut Haaland terlebih dahulu menggembirakan penyokong tuan rumah pada minit ketujuh. Namun gol pemain itu dibatalkan setelah semakan VAR mendapati pemain itu berada pada kedudukan ofsaid.

Dries Mertens kemudian menyumbat gol pertama perlawanan pada minit ke-17 menerusi rembatan kencang menewaskan penjaga gol Cican Stankovic. Namun kelebihan itu dipadamkan oleh gol penalti Haaland 5 minit sebelum tamat babak pertama.

Mertens sekali lagi menjaringkan gol pada minit ke-64 tetapi lapan minit kemudian Haaland juga tidak mahu mengalah dengan menanduk masuk gol keduanya menjadikan kedudukan 2-2.

https://twitter.com/IFTVofficial/status/1187105476280012801?s=20

Hanya berselang seminit selepas itu, Mertens jelas menjadi pemain paling menyerlah pada perlawanan ini selepas membantu gol kemenangan Lorenzo Insigne.

Gli Azzurri kini mendahului kumpulan E dengan tujuh mata hasil dua kemenangan dan satu seri, satu mata mengatasi juara bertahan Liverpool.

Penyerang Salzburg, Haaland juga mencatatkan rekod dalam perlawanan ini dengan menjadi pemain pertama menjaringkan enam gol dalam tiga perlawanan pertama UCL.

Beliau turut menyamai rekod Karim Benzema yang muncul pemain remaja yang menjaringkan gol dalam tiga perlawanan awal.

Napoli yang akan bertemu Salzburg sekali lagi dalam perlawanan seterusnya pada 5 November ini sudah pasti memburu kemenangan untuk menjamin tempat mereka di pusingan kalah mati.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN