Cristiano Ronaldo memberi jaminan kepada penyokong Juventus dan peminatnya di seluruh dunia yang beliau masih belum bersedia untuk bersara sekalipun usianya sudah mencecah 34 tahun.
“Umur ini hanya sekadar angka. Tidak bermakna bila sudah berusia 34, 35 atau 36 kamu sudah di penghujung karier,” kata Ronaldo dalam sidang media menjelang perlawanan Liga Juara-Juara Eropah menentang Lokomotiv Moscow pada awal pagi Rabu.
“Saya boleh buktikan dengan aksi di atas padang, bagaimana saya bermain, cara saya bermain masih baik, tajam dan boleh membaca permainan dengan matang. Semua ini masih tidak berubah.”
🗞 #JuveBologna MATCH REPORT: The Bianconeri march on against Bologna 👉 https://t.co/w4DBLSF93O pic.twitter.com/JUVg0ct0HD
— JuventusFC 🇬🇧🇺🇸 (@juventusfcen) October 19, 2019
Ronaldo yang kini dalam musim keduanya di Juventus setelah mengikat kontrak empat tahun telah menimbulkan persoalan kepada peminatnya selepas memberi satu kenyataannya dalam satu temubual beberapa minggu lepas.
Ronaldo mengatakan, “Saya telah mula merasai nikmat melihat diri saya di luar dunia bola sepak. Siapa tahu apa akan jadi dalam satu atau dua tahun lagi?”
Bekas penyerang Manchester United itu baru-baru ini telah menjaringkan gol ke-700 dalam kerjaya profesionalnya sewaktu dalam tugasan antarabangsa bersama skuad kebangsaan Portugal.
Cristiano Ronaldo's stats are fascinating….. Emirates arena will broadcast every single Juventus league match starting from this weekend . pic.twitter.com/fQuTdFf9EU
— Emirates Arena viewing centre (@Emirates_arena_) October 15, 2019
Beliau turut dicalonkan untuk anugerah Ballon d’Or dan berpeluang untuk meraih anugerah tersebut buat kali keenam. Beliau kini terikat bersama Lionel Messi dengan lima gelaran sebelum ini.
Tetapi menurut Ronaldo, berbanding anugerah individu tersebut, beliau lebih berminat untuk meraih kejuaraan ‘treble’ bersama Juventus.
“Kami mahu menang Serie A, kami mahu menang Piala Itali dan juga Liga Juara-Juara Eropah. Juventus perlu fikirkan kejayaan yang lebih besar. Kami akan berusaha untuk menang semua trofi kejuaraan.
Cristiano Ronaldo has now been nominated for the Ballon d'Or for 16 CONSECUTIVE YEARS!!!
S I X T E E N Y E A R S 🙌
THE GOAT 🐐 💯#BallonDor pic.twitter.com/dhpEewT8jY
— Idris (@Crhedrys) October 21, 2019
“Kami tahu ianya tidak semudah yang disangka terutamanya untuk menang liga dan Liga Juara-Juara Eropah, tetapi saya rasa ianya tidak mustahil. Segalanya berkemungkinan.
“Dari sudut kejayaan individu, tidak ada yang mahu diperkatakan mengenainya, itu bukan perkara yang utama. Lebih penting adalah kejayaan berpasukan. Jika kami merangkul kejayaan berpasukan, peluang untuk mendapat anugerah individu lebih cerah.
“Pada saya Ballon d’Or adalah soal kedua.”
Ronaldo turut menjelaskan, dengan persaraan masih belum menerjah fikirannya, masa bersama keluarga kini menjadi keutamaan dalam hidupnya.
“Memenangi perlawanan, menjaringkan gol, kemudian tiba di rumah dan melihat anak saya gembira dan mengucapkan ‘Tahniah ayah kerana menjaringkan gol’, itu membuatkan saya begitu bahagia,” kata Ronaldo lagi.
“Keluarga adalah motivasi saya untuk datang ke sesi latihan, untuk bermain dan untuk menghiburkan semua orang dan para peminat dengan semangat yang saya miliki.”