Kejuaraan Futsal AFF 2019: Muhammad Farikh Optimis Kemampuan Skuad Futsal Negara

Farikh

Pemain futsal kebangsaan, Muhammad Farikh Khabibor Rahman percaya tekanan berada dalam kumpulan maut bagi saingan Kejuaraan Futsal AFF 2019 mampu diserap dengan baik apabila melihatkan kepada kemampuan pasukan serta taktikal yang bakal diterapkan ketua jurulatih, Chiew Chun Yong.

Pada kejohanan yang akan bermula 21 Oktober itu, skuad futsal negara diletakkan dalam kumpulan B bersama-sama Vietnam, Australia dan Indonesia.

Farikh yang bakal membuat penampilan kedua dalam kancah Kejuaraan AFF selepas turut menganggotai skuad naib juara pada edisi 2017 sedar cabaran sukar yang bakal dihadapi skuad negara.

”Sudah tentu ada sedikit tekanan buat pasukan negara apabila berada satu kumpulan dengan Indonesia, Australia dan Vietnam.”

”Tetapi dengan kemampuan pasukan serta taktikal daripada ‘coach’, saya optimis kami mampu untuk memberikan saingan yang hebat dan sengit buat tiga pasukan tersebut.”

Muhammad Farikh beraksi untuk Perak Futsal dalam saingan Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) 2019. Kredit foto: Perak Futsal

”Saya turut percaya kesemua pemain yang terpilih akan memberikan komitmen sehabis baik pada setiap perlawanan terutamanya ketika menentang pasukan tuan rumah [Vietnam].”

”Secara peribadinya, saya sendiri perlu meningkatkan prestasi bagi memperagakan aksi terbaik di Vietnam nanti.”

Menjadi impian buat semua pemain untuk membantu pasukan meraih kejuaraan, pemain berusia 22 tahun itu turut mempunyai keinginan yang sama.

”Selepas kami kecewa pada perlawanan akhir bertemu Thailand bagi dua tahun berturut-turut [2017 & 2018], semestinya saya mengidamkan untuk membantu skuad futsal negara meraih gelaran juara.”

”Ia sekaligus dapat melayakkan skuad negara ke Kejuaraan Futsal AFC di Turkmenistan pada Februari 2020.”

Kredit foto: Football Association of Malaysia (FAM)

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN