Ed Woodward tampil membidas kembali pengkritik yang menganggap beliau dan pihak pengurusan tertinggi Manchester United sebagai pihak yang menentukan pemain mana yang harus dibawa masuk ke kelab tersebut.
Bagi Naib Pengerusi Eksekutif Manchester United itu, dakwaan sedemikian hanyalah ‘dongeng’ dan merupakan sejenis bentuk penghinaan kepada kelab – terutama kepada pihak yang bekerja keras untuk membawa kelab tersebut bangkit kembali.
Sejak mengambil alih tampuk pengurusan di Old Trafford dari David Gill pada 2013, United menampilkan kemerosotan dari segi dominasi di bawah naungan Woodward.
Woodward issues robust defence of his running of #MUFC, insists it’s “insulting” to suggest commercial arm takes priority over football operation & offers staunch backing to Solskjaer ahead of #LFC game. Claims United are at the “start” of “a new journey” https://t.co/ZZIoo4BWaR
— James Ducker (@TelegraphDucker) October 17, 2019
Perkara ini menimbukan kemarahan di kalangan rata-rata penyokong, dan ramai bertanggapan United kini tidak serius untuk membina pasukan yang mampu bersaing di peringkat tertinggi.
Antara yang dikritik ialah Woodward dan juga keluarga Glazer yang memiliki kelab tersebut.
“Terdapat ‘perkhabaran dongeng’ mengatakan pihak yang tidak terlibat secara langsung di dalam bola sepak di kelab ini bertanggungjawab dalam segala keputusan.
“Saya berpendapat tanggapan sebegitu adalah satu bentuk penghinaan terutama kepada mereka yang bekerja keras di kelab ini,” ujar Woodward.
Ed Woodward has hit back at critics and backed #MUFC manager Ole Gunnar Solskjaer.
He says claims non-football people make major football decisions are “a myth” and “an insult”.
Read: https://t.co/lAX3O1ImHv pic.twitter.com/rCWeYWnUu2
— BBC Sport (@BBCSport) October 17, 2019
“Kebanyakkan staff senior di kelab ini telah memainkan peranan masing-masing lebih dari 10 tahun. Pencari bakat pula ada yang sudah bersama kelab ini selama 25 tahun.
“Kami membesarkan jumlah staff pencarian bakat sejak beberapa tahun lalu, dan kami percaya ia mulai menghasilkan kerja yang efisien dan produktif.
“Semua pemain yang dicadangkan dan keputusan mengenai pemain adalah hasil kerja unit ini, dan juga oleh pengurus dan staff pasukan utama. Ia bukan dari bahagian pengurusan tertinggi.”
Sebagai bukti, Woodward menggariskan United telah berjaya membawa masuk pemain yang tepat dan bersesuaian untuk United pada jendela musim panas lalu.
Harry Maguire, Aaron Wan-Bissaka dan Daniel James – ketiga-tiganya tampil cemerlang walaupun keputusan perlawanan menggambarkan sebaliknya.
Bagi Woodward, prestasi ketiga-tiga pemain setakat ini membuktikan United berjaya mengelak dari melakukan kesilapan di pasaran pemain seperti yang berlaku sebelum ini.
Woodward juga menggambarkan United kini sedang dalam proses membina kembali sebuah pasukan yang mampu bersaing secara kompetitif dalam semua pertandingan, dan untuk berbuat demikian, Ole Gunnar Solskjaer harus diberikan masa.
WOODWARD TERUS BERSAMA OLE
Naib pengerusi eksekutif Man United, Ed Woodward memberitahu media UK bahawa kelab akan terus bersama pengurus, Ole Gunnar Solskjaer biarpun ramai mendesak perubahan.#SemuanyaBOLA pic.twitter.com/SFQZ5UJk3N
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) October 17, 2019
“Visi ole Ole menuju kepada tiga perkara utama yang terdapat di kelab ini.
“Pertama kelab ini harus memenangi trofi. Kemudian pasukan ini harus menampilkan corak permainan menyerang. Manchester United juga harus menjadi sebuah kelab yang berani membentuk dan menampilkan pemain muda,” tambah beliau.
“Pada musim lalu selepas ketibaan Ole adalah tempoh paling relevan kepada apa yang kelab ini mahu capai.
“Kita telah melihat sebuah pasukan yang bermain secara pantas, bola sepa yang menampilkan fluidity – sesuai dengan falsafah yang diinginkan pengurus.”
Manchester United dikritik oleh penyokong mereka sendiri kerana tidak membawa masuk pengganti kepada Romelu Lukaku dan Alexis Sanchez – selepas kedua-dua pemain menyertai Inter Milan.
Walaupun dikaitkan dengan Mario Mandzukic, Woodward menafikan beliau bertanggungjawab untuk tidak membawa pemain itu pada musim panas lalu.
Bagi Woodward, apa yang cuba dibina oleh Solskajer pada hari ini adalah penting dan harus mempunyai kesinambungan.
“Ole telah mengembalikan disiplin dan persekitaran [bersesuaian] yang hilang sejak beberapa musim lalu.
“Beliau kini sedang membina sebuah pasukan yang memahami sejarah kelab. Pemain harus bekerja keras dan menghormati rakan sepasukan. Tidak ada pemain yang lebih besar dari kelab,” tambah beliau.