Dani Alves menyatakan beliau membenci kota Paris kerana orang di sana sangat rasis. Jadi tidak hairanlah beliau tidak lama berkarier di Paris bersama PSG.
Beliau kini kembali ke Brazil dan bermain bersama Sao Paulo. Bercakap kepada CQ: “Saya tidak suka sangat Paris. Ianya kota yang penuh tekanan.”
“Jika anda pergi ke Paris untuk seminggu, ia akan menjadi salah satu perjalanan terbaik dalam hidup anda. Namun jika lebih dari itu – ataupun menetap lama di sana – anda akan letih duduk si sana.”
“Paris mengingatkan saya kepada Sao Paulo. Bezanya di sana, mereka sangat rasis.”
“Mereka tidak pernah bercakap buruk dengan saya kerana, saya akan kerjakan mereka. Namun saya kerap melihat mereka mengejek kawan-kawan saya.”
Dani Alves:
🗣 "Paris is a stressful city. I didn't like it much. They are fucking racists. A lot of them. They didn’t say anything to me because I would have told them to go and fuck themselves, but I saw it towards my friends.”
— Football Tweet ⚽ (@Football__Tweet) October 16, 2019
Dani Alves pernah merasai pengalaman rasis di Sepanyol ketika bermain untuk Villareal, di mana beliau dibaling pisang di dalam padang. Alves memberikan respon dengan membuka kulit pisang dan memakannya.
“Ya, kami pernah melalui beberapa detik seperti itu di Sepanyol. Dan kamu balas balik dengan cara berjenaka. Kita tahu semua ini, sukar nak diubah. Namun jika kamu tidak melayan mereka, mereka tidak akan mencapai objektif mereka.”