Vinicius Jr Tolak Wakili Brazil Pada Olimpik Tokyo

Brazil mengesahkan bahawa mereka sudah menghubungi Vinicius Junior dan menawarkan tempat kepada pemain itu dalam pasukan Olimpik yang akan beraksi di Tokyo.

Perkara itu disahkan sendiri oleh jurulatih Brazil B-23, Andre Jardine. Jardine sudah memberitahu Vinicius Junior, jika pemain itu berminat, beliau boleh menyertai kem latihan pra olimpik pasukan Brazil.

Kem latihan tersebut akan bermula pada 5 Januari sehingga 2 Februari 2020.

Vincius Jr merupakan bakat muda yang memiliki kepantasan dan juga skil individu yang baik. Beliau boleh bermain di mana-mana posisi di bahagian serangan.

Walaubagaimanapun tawaran itu telah ditolak oleh Vinicius Junior. Hal ini kerana pemain itu menghormati pendirian kelabnya – Real Madrid di atas perkara tersebut.

Real Madrid sudah memberitahu Vinicius bahawa mereka tidak mahu pemain tersebut terlibat dengan sukan olimpik yang merupakan bukan kejohanan di dalam kelendar FIFA.

Vinicius merupakan pemain utama di dalam pasukan senior Real Madrid. pasukan tersebut sedang bergelut dengan beberapa isu kecederaan pemain sepanjang musim ini. Jadi, mereka enggan kejohanan olimpik memberikan risiko kepada Vinicius.

Namun begitu jurulatih bawah 23 tahun Brazil, tetap membuka pintu kepada pemain yang berusia 19 tahun itu sekiranya beliau boleh mendapatkan pelepasan kelabnya untuk bermain di dalam temasya itu kelak.

Mereka masih berharap Real Madrid akan memberikan kelonggaran dan membenarkan Vinicius berbakti untuk negaranya.

Brazil sentiasa hadir sebagai salah satu pasukan pilihan dalam kejohanan seperti Olimpik. Ini kerana negara mereka sarat dengan bakat-bakat muda.

Ketiadaa Vinicius Jr mungkin bukan masalah besar untuk mereka gantikan dengan pemain-pemain lain, walaupun Andre Jardine buat masa ini, sangat mahukan pemain Real Madrid itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN