Krasimir Balakov: Saya Tak Dengar

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, aksi Bulgaria menentang England yang berkesudahan dengan kemenangan besar 6-0 buat skuad pelawat itu terpaksa dihentikan sebanyak dua kali akibat serangan perkauman daripada penyokong tuan rumah terhadap para pemain The Three Lions.

Pengendali Bulgaria, Krasmir Balakov bagaimanapun menjelaskan bahawa beliau tidak mendengari serangan perkauman yang dilaungkan para penyokong mereka pada perlawanan tersebut.

Balakov turut kelihatan mempertahankan tindakan penyokong Bulgaria dan turut menjelaskan tentang apa yang telah dilakukan penyokong England.

”Secara peribadinya saya tidak mendengar sorakan [serangan perkauman] yang dinyatakan itu. Saya melihat pengadil menghentikan permainan.”

Kredit foto: England Football Team

”Tetapi saya juga perlu mengatakan bahawa tingkah laku penyokong yang tidak boleh diterima bukan sahaja di pihak penyokong Bulgaria tetapi juga peminat England.”

”Mereka telah membuat bising [menjerit] ketika lagu kebangsaan Bulgaria dimainkan. Pada separuh masa kedua, mereka juga telah melemparkan kata-kata terhadap penyokong kami, di mana ia sesuatu yang tidak boleh diterima.”

Pada aksi yang berlangsung di Stadium Nasional Vasil Levski itu, Ross Barkley dan Raheem Sterling masing-masing menjaringkan dua gol manakala Marcus Rashford dan Harry Kane melengkapkan kemenangan bergaya buat skuad bimbingan Gareth Southgate tersebut bagi mengungguli tangga teratas saingan kumpulan A [15 mata] dengan kelebihan tiga mata di hadapan Republik Czech.

Bulgaria pula di tangga terbawah tanpa sebarang kemenangan dan hanya mencatatkan tiga keputusan seri dan empat kekalahan.

Kredit foto: England Football Team & Team Bulgaria

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN