Leicester Buat Laporan Polis Selepas Choudhury Terima Cemuhan Rasis

Leicester City berkata mereka kecewa dengan cemuhan ‘rasis’ yang diterima pemain tengah, Hamza Choudhury di media sosial, dan telah membuat laporan polis untuk menyiasat perkara berkenaan.

Pemain berusia 22 tahun itu mempunyai pertalian darah Bangladesh dan Grenada, didakawa dicemuh dengan kata-kata berbaur perkauman selepas dilayangkan kad kuning akibat terjahan kasar terhadap Mohamed Salah.

Insiden tersebut berlaku pada lewat permainan, dalam perlawanan yang dimenangi oleh Liverpool dengan jaringan 2-1.

Tidak dapat dipastikan sama ada cemuhan tersebut datang daripada penyokong Liverpool atau pun dari kalangan penyokong Leicester sendiri.

Daripada siapa pun ia, segala jenis bentuk cemuhan atau ideologi yang berbentuk perkauman tidak boleh diterima sama sekali di dalam bola sepak.

“Sikap diskriminasi tidak ada tempat di dalam bola sepak atau komuniti,” ujar satu kenyataan dari The Foxes.

“Kami akan mengambil langkah sepaturnya untuk menentang mereka yang bertanggungjawab [pelaku].”

“Kami sangat kecewa dengan komen-komen tersebut, dan pihak kelab telah membuat laporan polis, dan juga kepada plaform media sosial dimana komen tersebut dilakukan.”

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp kelihatan sangat marah terhadap terjahan oleh Choudhury kepada Salah.

Malah Klopp menyifatkan Choudhury seharusnya menerima layangan kad merah atas perbuatan beliau itu.

Salah telah dikeluarkan pada masa kecederaan selepas kekasaran tersebut – tiga minit sebelum gol kemenangan James Milner melalui sepakan penalti.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN